Seorang pelajar di Florida State University, mengalami keadaan yang sangat menakutkan dan serius bilamana seorang lelaki bersenjatakan pistol memasuki perpustakaan universiti itu dan melepaskan tembakan rambang, mencederakan 3 orang. Lelaki itu kemudianya telah mati ditembak oleh pegawai polis.
Selepas tiga jam kejadian tembakan itu, Jason Derfuss membuka begnya dan sedar bagaimana dia benar-benar bertuah. Beg yang disandangnya yang berisi beberapa buah buku menyelamatkan nyawanya dari di tembusi peluru.






