Posted in

Sungai Atas Sungai Di Jerman


Magdeburg Water Bridge ‘ adalah jambatan air dimana kapal – kapal besar melintas di atasnya dan merupakan yang terpanjang iaitu 918 meter .

Magdeburg Water Bridge dibina untuk pengangkutan barangan dari timur dan barat Jerman , terutama laluan untuk kapal komersial besar dari saluran Elbe – Havel ke Rangkaian Mittelland tanpa perlu membuat jalan sepanjang 12 – kilometer menggunakan laluan sungai Elbe .

Tanpa Jambatan Air , kapal dari saluran Mittelland terpaksa melalui Sungai Elbe melalui Rothensee dan memakan masa. Tahap air yang rendah dari sungai Elbe sering menghalang kapal tongkang berat melewati laluan ini , sehingga memakan masa untuk mengosongkan kargo .

Pembangunan saluran air ini bermula sejak tahun 1930 namun terhenti selama Perang Dunia II dan Perang Dingin . Selepas penyatuan semula Jerman , pembangunan salauran ini kembali menjadi keutamaan . Pekerjaan dilanjutkan pada tahun 1997 , dan Magdeburg Water Bridge akhirnya selesai pada tahun 2003 .

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *