Lima parti terbesar yang sekarang ini berada didalam Barisan Nasional, di Malaysia Barat yang diketuai oleh Umno(parti perkauman Melayu), MCA(parti perkauman Cina), MIC(parti perkauman India), Gerakan (parti campuran tetapi lebih kepada kaum Cina), PPP(parti campuran tetapi lebih kepada kaum India).
Tembelang ini akan dapat kita saksikan sekiranya mereka kalah dalam pilihanraya yang adil. Apakah boleh berlaku di Malaysia, satu sejarah akan tercipta dengan satu pilihanraya yang bersih?.
Bagi pandangan saya……… ianya susah untuk berlaku tetapi tidak mustahil.
Kita boleh melihat sedikit sebanyak apa yang berlaku kebelakangan ini apabila mereka tewas di 5 buah negeri. Mereka secara jelas tidak dapat menerima akan kekalahan yang mereka alami di dalam sistem yang mereka sendiri ciptakan, iaitu demo-kasi ala BN.
Lihatlah cara perampasan yang amat memalukan di Perak. Mereka mengguna segala agensi-agensi kerajaan sesuka hati mereka.
Mereka tetap bermegah dengan perbuatan mereka itu, semata-mata untuk menunjukkan kepada rakyat tentang tiada perkara yang dapat menghalang mereka untuk merampas kembali negeri-negeri yang jatuh ketangan Pakatan Rakyat.
Mereka lupa akan kuasa yang ada pada rakyat. Kerana itu dalam tujuh PRK di Malaysia Barat yang diadakan, semua tempat mereka kalah termasuk kubu kuat mereka sendiri berjaya dirampas. Itulah hukuman yang telah rakyat lakukan diatas segala sikap angkuh mereka itu.
Mereka telah menunjukkan kepada rakyat tentang sikap sebenar mereka setelah kehilangan banyak negeri kepada Pakatan Rakyat.
Disitu kita dapat menilai betapa estremnya mereka dalam berpolitik, kerana bagi mereka “Matlamat Menghalalkan Cara”.


