TANAH TERBIAR (Idle land) merupakan satu isu di negara kita yang telah berlanjutan semenjak beberapa tahun dahulu. Dalam portal Jabatan Pertanian dinyatakan dimana tanah terbiar adalah tanah darat atau pun jenis tanah sawah yang berkeluasan minima 0.4 hektar ke atas sama ada ianya bersambungan atau bertaburan yang merupakan tanah milik yang tidak diusahakan selama tiga tahun berturut-turut. Dalam sektor pertanian, definasi tanah terbiar boleh juga ditakrifkan sebagai tanah bermilik yang tidak diusahakan selama 3 tahun berturut-turut atau tanah sawah yang tidak ditanam padi selama 6 musim berterusan. Kadang kala ada yang salah faham bila melihat ada kawasan tanah yang tidak diusahakan dimana ia adalah tanah milik kerajaan kerana ia tidak termasuk didalam kategori tanah terbiar. Terdapat satu lagi senario dimana mwmang wujud tanah yang subur untuk pertanian tetapi tidak di usahakan sepenohnya (under utilised land) yang mana perlu juga di kelaskan sebagai masalaah dan sektor pertanian. Daripada rekod Jabatan Pertanian, dilaporkan terdapat seluas 119,273 hektar tanah terbiar direkodkan di Malaysia pada tahun 2016 dimana hanya seluas 44.67 hektar melibatkan 30 pemilik tanah sahaja yang didaftarkan di Jabatan Pertanian (Sumber: http://www.doa.gov.my/index.php/pages/view/411?mid 232). Dalam usaha Jabatan Pertanian untuk menggalakkan usahawan membangunkan tanah-tanah terbiar, Jabatan Pertanian telah membuka pendaftaran tanah terbiar hak milik individu secara atas talian pada 1 Januari 2014 sehingga 28 Februari 2015. Pendaftaran tersebut bertujuan untuk membolehkan usahawan-usahawan yang ingin menjalankan projek pertanian tetapi tidak mempunyai tanah membuat projek pertanian melalui sewaan tanah dengan pemilik tanah terbiar. Berdasarkan pengemaskinian terkini sehingga Oktober 2018, terdapat seramai 30 orang pemilik tanah dengan keluasan sebanyak 44.67 hektar telah berdaftar dengan Jabatan Pertanian. Portal tersebut menyatakan untuk tujuan penyewaan tanah perlu berdasarkan maklumat nombor lot, keluasan tanah terbiar dan nombor telefon yang dipaparkan, usahawan yang berminat untuk membangunkan tanah terbiar dengan projek pertanian boleh menghubungi terus pemilik tanah tersebut. Kesediaan pemilik tanah untuk memberi kebenaran membangunkan tanah terbiar adalah tertakluk kepada rundingan yang dijalankan di antara usahawan dengan pemilik tanah. Dalam pada itu potensi tanaman dan bagi mendapatkan maklumat kesesuaian tanaman bagi tanah terbiar yang ingin dimajukan, pemilik tanah/usahawan boleh mendapatkan Khidmat Penyiasatan Tanah daripada Bahagian Pengurusan dan Pemuliharaan Sumber Tanah, Jabatan Pertanian. Perkhidmatan ini dikenakan bayaran di bawah ‘Akta Fi’ tahun 1951 (pindaan 1995)’. Tanah terbiar perlu dibangunkan untuk mempastikan negara dapat mengeluarkan makanan sendiri untuk tujuan kegunaan domestik malahan boleh dieksport. Menjadi kerugian kepada negara jika tanah yang luas dan subur ini tidak dimajukan. Artikel subuh ini saya paparkan dalam blog “Anim Agro Technology” info mengenai pembangunan tanah terbisr yang dilaksanakan untuk rujukkan.
Dalam Akhbar Sinar Harian pada 30 Julai 2018 dengan tajuk “119,273 hektar tanah terbiar bakal dibangunkan” oleh wartawan Nona Farzuin mengenai perkara diatas adalah dirujuk. Berita dari Kuala Lumpur ini menyatakan seluas 119,273 hektar tanah terbiar di seluruh negara akan dibangunkan melalui Inisiatif Projek Pembangunan Tanah Terbiar. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub berkata, projek tersebut bermatlamat untuk memajukan tanah pertanian yang terbiar dan kurang produktif dengan projek pertanian melalui penglibatan lebih ramai petani sama ada pemilik tanah atau usahawan. �Bantuan kepada petani diberikan dalam bentuk input pertanian, pembersihan dan penyediaan kawasan, pembangunan infrastruktur,� katanya ketika menjawab pertanyaan lisan daripada Tuan Ahmad Tarmizi Sulaiman (Pas-Sik) di Parlimen, hari ini. Menurutnya, kementerian melalui Jabatan Pertanian telah menyediakan perancangan untuk membangunkan tanah terbiar dalam Rancangan Malaysia Ke-9 (RMK9) sehingga ke RMK11. �Berdasarkan sasaran yang ditetapkan, seluas 100 hektar tanah terbiar dengan bilangan pengusaha 50 orang akan dibangunkan setiap tahun. �Sehingga kini seluas 10,048 hektar tanah terbiar telah dibangunkan dan melibatkan 7,966 peserta di seluruh negara termasuk di Sabah dan Sarawak,� katanya. Menurutnya, bagi memastikan kejayaan projek, tanaman kekal amat digalakkan untuk ditanam bagi mengelakkan tanah yang dibangunkan menjadi terbiar semula. �Tanaman singkat turut disyorkan bagi memastikan petani memperoleh pendapatan segera berikutan kitaran penanamannya yang pendek. �Antara tanaman yang telah diusahakan adalah seperti buah-buahan, sayur-sayuran, padi dan kelapa yang merekodkan jumlah pengeluaran sebanyak 204,793 metrik tan dengan nilai pengeluaran sebanyak RM187,581,� katanya. Pada masa sama, beliau berkata, kementerian akan terus bekerjasama kerajaan negeri untuk membangunkan petani dan pengusaha serta menambah produktiviti tanaman makanan dalam negara.




