TANAMAN GAMDUM (Triticum spp.) adalah salah satu dari tanaman penting sebagai sumber karbohidrat yang sesuai untuk dinegara yang ada empat iklim atau iklim subtropika. Gandum adalah tanaman yang termasuk dalam kumpulan tanaman Bijirin (cereal) iaitu dari keluarga Poaceae (sama dengan tanaman Padi). Dari segi sejarah tanaman gandum dipercayai antara jenis tanaman makanan yang pertama kali diusahakan manusia semanjak zaman dahulu sebelum manusia mengenalkan tanaman padi dan jagung sebagai tanaman komersil berikutnya. Berdasarkan kepada kajian para arkeologi didapati tanaman gandum dipercayai berasal dari kawasan sekitar Laut Merah dan Laut Mediteranian iaitu kawasan yang berada berhampiran negara Turki, Syria, Iraq, dan Iran. Bagaimana pun dicatitkan dimana dalam sejarah Cina juga ada menunjukkan bahwa aktiviti penanaman gandum telah ujud semenjak 2700 SM. Sehingga kini didapati tanaman gandum telah menjadi tanaman bijian yang penting bagi lebih dari 40 negara dimana hasilnya iaitu tepong gandum digunakan diseluruh penduduk dunia. Malaysia dan Indonesia masih bergantung kepada proses pengimportan tepong dengan banyaknya untuk kegunaan rakyatnya. Di Malaysia siapa yang tidak kenal dengan makanan popular ‘Roti Canai’, Martabak, kuih mueh dan sebagainya yang menggunakan tepong sebagai bahan asas. Penanaman gandum terus berkembang di wilayah subtropika dan kawasan Mediteran dan beberapa negara lain seperti Rusia, Amerika Syarikat, Selatan Kanada, Eropah serta dibahagian Utara sampai Tengah China, Turki, India, dan Australia. Bagaimana pun dikawasan tropika termask Asia Tenggara masih tiada penanaman gandum komersil dapat dilakukan sebaliknya mereka menanam padi sebagai tanaman bijirin yang penting menggantikan gandum. Terkini di Indonesia telah mencuba penanaman gandum terutama dibeberapa kawasan tanah tinggi terpilih untuk membekalkan sebahagian keperluan tepong tempatan. Artikel subuh ini sambil menunggu train daripada Vienna ke Hallstatt, Austria saya menulis dalam “Anim Agro Technology” mengenai usaha dan teknologi penanaman gandum dinegara jiran untuk dijadikan bahan rujukkan.
Kajian juga menunjukkan pemilihan varieti gandum di Indonesia amat teliti dijalankan. Ini kerana timbul persoalan dimana bolehkan tanaman gandum diusahakan di Indonesia?. Kenama selama ini gandum tidak boleh tumbuh semulajadi di Indonesia?. Akibat dari pertanyaan-pertanyaan tersebut kini terjawab sudah apabila tanama gandum boleh tumbuh dengan baik di Indonesia. Pihak berwajib dalam penyelidikan pertanian di Indonesia (Badan Litbang Pertanian) dikatakan telah melakukan beberapa penyelidikan yang menghasilkan beberapa varieti baru gandum yang sesuai untuk ditanam di Indonesia dikenali dengan nama Varieti Gandum Dewata dan Varieti Gandum Selayar. Benih gandum tersebut kini sudah tersedia dibeli atau diperolehi daripada UPBS Balai Penelitian Tanaman Serealia untuk petani yang berminat menanamnya dengan harga sekitar Rp. 25.000/kg (RM8.00 sekilogram) atau menghubungi : info@litbang.deptan.go.id. Antara beberapa ciri-ciri benih gandum yang baik dan sesuai untuk ditanam adalah sebagai semestinya benih berasal dari tanaman yang sihat dan bebas penyakit atau benih berasal dari tanaman iaitu tangkai yang matang pada batang utama. Sebaiknya biji benih memiliki bentuk dan warna bijinya yang seragam dan ia bebas dari serangga ataupun penyakit dengan saiz bijinya yang seragam.
Didalam penanaman gandum sebaiknya penyediaan tanah adalah diutamakan selain daripada benih dan amalan agronomi. Kawasan kebun dibersihkan dari rumpai dan sisa tanaman lain yang ada sebelumnya dan kemudian dibajak sedalam 25 cm. Proses membajak tanah boleh gunakan trektor kecil atau mencangkul bertujuan untuk menggemburkan tanah agar tanah memiliki sistem pengudaraan yang baik. Setelah dibajak biarkan selama 2 – 3 minggu dimana ia kemudian dibuat batas dengan lebar 1.5 meter atau 2 meter lebar dan juga bedengan 25-30 cm tinggi dan panjang batas boleh disesuaikan dengan keadaan topografi tanah. Jarak antar batas disyorkan sekitar 50 – 60 cm. Lazimnya jika menanam gandum di tanah subur ia tidak perlu diberikan baja organik.
Penjagaan tanaman gandum dikira agak mudah berbanding dengan tanaman lain. Pertamoa untuk penjagaan ini adalah bekalan air dengan sistem pengairan. Biasanya jika tidak turun hujan dan setelah penanaman benih gandum maka kawasan kebun perlu diberikan air supaya benih cepat bercambah dan dapat tumbuh dengan baik. Pengairan berikutnya setidaknya dilakukan sebanyak 3 kali pada masa berikut. Pertama ketika tanaman gandum berumur 1 bulan atau 30 hari setelah tanam perlu dilakukan setelah aktiviti membuang rumpai dan kedua ketika tanaman gandum berumur 45 – 65 hari setelah tanam iaitu ketika tanaman gandum memasuki fasa bunting hingga keluar tangkai buah . Keperluan air yang ketiga adalah apabila tanaman gandum berumur 70 – 90 hari setelah tanam iaitu pada fasa pengisian biji gandum (Filling) sampai gandum masak. Kerja merumpai perlu dilakukan sebanyak 2 – 3 kali iaitu bergantung kepada keadaan rumpai didalam kawasan tanaman gandum. Kerja merumpai dilakukan dengan tujuan untuk mengurangkan proses persaingan nutrien antara tanaman dan rumpai iaitu sehingga tanaman gandum dapat tumbuh dengan baik. Sebaiknya melakukan kerja merumpai dilakukan semasa sebelum pemberian baja susulan. Pembajaan gandum perlu dilakukan dua kali . Pertama adalah ketika gandum berumur 7 – 14 hari setelah tanam dan ketika gandum berumur 1 bulan. Baja pertama ketika tanaman gandum berumur 7 – 14 hari lepas tanam dengan kadar disyorkan di Indonesia bagi satu hektar adalah sebanyak Urea 100 kg, SP36/TSP 100 kg dan KCl 50 kg. Pembajaan ke 2 adalah pada umur gandum sekitar 1 bulan lepas tanam dengan gunakan baja jenis dan iaitu sama seperti pupuk susulan pertama (iaitu Urea 100 kg, SP36/TSP 100 kg dan KCl 50 kg). Kawalan musuh dan penyakit dilakukan untk tanaman gandum. Terdapat juga beberapa jenis serangga dan penyakit yang sering boleh ditemukan pada tanaman gandum seperti ulat tanah, kepik hijau, aphids dan penyakit jamur. Serangga tanaman gandum dapat dikendalikan dengan penyemburan bahan racun serangga yang sesuai dengan jenis serangga yang menyerang. Jika ada serangan penyakit disebabkan oleh patogen kulat (fungi) sebaiknya dilakukan kawasan dengan semburan racun kulat.
Kajian yang dilakukan di Indonesia mendapati tanaman gandum dapat di tuai (panen) pada umur 90 – 125 hari setelah tanam (tergantung varieti dan amalan agronomi yang dijalankan). Ciri-ciri tanaman gandum yang sudah dapat dipanen adalah jika 80% dari rumpun telah bermalai, seluruh bagian tanaman yaitu jerami, batang dan daun telah menguning, dan biji sudah mengeras. Panen gandum dilakukan dengan cara disabit, kemudian malai yang telah dipanen dijemur. Setelah kering bulir gandum dirontokkan menggunakan mesin perontok atau secara manual. Panen gandum sebaiknya dilakukan ketika cuaca cerah. Sebaiknya masa menuai gandum paling tepat menanam gandum adalah di awal kemarau dan akhir musim penghujan. Adapun kualiti hasil tuaian gandum sendiri tergantung dari cuaca dimana jika suhu, kelembaban dan curahan air hujan yang terlalu panas atau dingin akan menurunkan dan mengurangkan hasil tuaian gandum. Tahap kematangan gandum juga akan menentukan hasil tuaian gandum sama seperti hasil tuaian padi. Sebaiknya petani perlu menangguhkan aktiviti tuaian gandum sendiri tidak lebih dari 7 hari sebab kelewatan akan menurunkan bijian gandum. Adapun untuk tujuan pengujian kekeringan tangkai gandum di lokasi boleh dibuat dengan menggunakan jari tangan. Jika butir-butir biji gandum akan terlepas semasa digosok oleh tangan serta poros malai yang mudah patah aserta kandungan kadar air pada gandum yang cukup untuk boleh terus dituai. Hasil gandum boleh diproses utnk dijadikan tepung mengikut kaedah pemprosesan yang biasa. Semuga anda mendapat info terbaik daripada artikel anim agro technologi kali ini. Artikel ini telah ditulis di Vienna, Austria semasa percutian keluarga 2 minggu di Eropah. Wasallam!!!…







