Bahan:-
-
5 biji telor
-
sedikit minyak untuk menggoreng
-
4 ulas bawang merah – tumbuk kasar (*ummi guna bawang besar didadu)
-
7 biji cili merah – tumbuk kasar/cincang
-
1 sudu teh garam
-
1/2 sudu teh serbuk marika (*ummi x letak ni)
-
3 sudu makan kelapa parut muda
-
3 batang daun bawang – hiris halus
-
1 batang daun celeri – cincang
Cara Memasak:-
-
Dalam mangkuk besar campurkan cili merah, bawang merah dan garam.
-
Sementara itu, pukul telor sampai naik dan masukkan campuran cili dan bawang tadi.
-
Masukkan kelapa parut, hirisan daun bawang dan celeri. Kacau rata.
-
Panaskan minyak, tuangkan campuran telor dan tutup kuali selama – 2 – 3 minit.
-
Balikkan telor, dan pastikan kedua-dua bahagian masak hingga perang.
-
Angkat dan potong untuk dihidangkan.
(Nota: *Ummi x tutup pun kuali semasa menggoreng..goreng je macam telor dadar biasa tu..hehe)