Hati tergerak sebab tengok amaun seorang kakak dalam wtd 14k beb… semak2.. ni copy paste dr akak yg viral tu..dh tak igt nama dia.
Serahkan MyKad anda di kaunter atau hadir sendiri ke mana-mana Jabatan Akauntan Negara yang tersedia di mana-mana negeri untuk membuat semakan.
Pegawai bertugas akan membantu anda membuat semakan melalui sistem dan anda berpeluang untuk mengetahui keputusan tidak kurang daripada lima minit selepas semakan dibuat.
Selain itu, anda juga berpeluang untuk mendapatkan penerangan dengan lebih lanjut tentang cara-cara untuk mengeluarkan wang anda daripada pegawai yang bertugas.
Wang tak dituntut bukan hanya terhad daripada akaun-akaun bank yang tidak aktif sahaja tetapi berkemungkinan bayaran rebat insurans, bayaran elaun atau bonus daripada syarikat tempat lama bekerja atau mana-mana firma yang berkaitan.
Jom tuntut
#wangtakdituntut
#sayasudah