Penguasaan nafsu, iblis, syaitan dan juga usaha musuh islam seperti yahudi akan menjadikan remaja makin jauh tersasar. Semakin banyak zina dan maksiat berlaku, semakin galaklah musuh-musuh Islam merencanakan pelbagai program untuk melipatgandakan lagi kerosakan sosial remaja kita. Semakin bertambahnya anak-anak zina di tengah masyarakat, semakin kukuhlah keupayaan mereka mengkucarkacirkan sistem sosial umat Islam.
Musuh-musuh Islam akan sentiasa memastikan kerosakan berganda berlaku. Media massa dan ruang siber menjadi medan ‘perang’ terhadapa umat Islam yang semakin dahsyat. Remaja Islam semakin sukarlah untuk dipulihkan. Ianya umpama terperosok ke lubang yang gelap lagi dalam. Tidak ada jalan keluarnya. Kalaupun mereka berkahwin dengan niat menjadikan perkahwinan sebagai wadah untuk berubah, mereka biasanya tidak dapat bertahan lama. Mereka tidak ada panduan bagaimana untuk berubah.
Berikut disenaraikan sebab-sebab yang dirasakan punca tenggelamnya bahtera rumah tangga remaja masa kini. Jika ada yang tidak tepat mohonlah diperbetulkan.
2) Bertaubat dengan segala dosa, merasakan diri adalah hamba yang hina merupakan satu keperluan agar Allah swt mengampuni kita. Jika Tuhan telah ampunkan kita, urusan lainnya akan dipermudahkan. Mengekalkan rasa bersalah dan berdosa adalah suatu perasaan yang wajib ada di dalam hati kita. Sebab itu sentiasa bertaubat, beristighfar itu sangat disuruh. Ianya lambang rasa hamba yang sangat perlu wujud. Rasa hamba jika menguasai diri akan mampu membuang rasa sombong yang bersarang di hati.
4) Perkenalan mesra yang melampaui batasan sebelum kahwin telah menjadikan pasangan pengantin itu sudah tidak mempunyai kenikmatan yang hakiki. Mereka sudah kehilangan detik ajaib yang mampu mengikat hati mereka untuk saling bertaut, berkasih sayang dan bertanggung jawab terhadap pasangan masing-masing. Detik ajaib itu ialah keadaan lelaki perempuan yang belum pernah kenal mengenal di malam pertama. Hanya mereka yang pernah menempuhnya sahaja yang mengetahui betapa berharga dan bernilainya detik malam pertama tersebut. Ianya tidak wujud dalam diari kehidupan pengantin yang sudah ‘terlalu’ kenal satu sama lain sebelum kahwin.
5) Meninggalkan sembahyang fardhu lima waktu atau lalai dari menghayatinya adalah punca berlakunya cerai-berai. Sembahyang adalah tiang agama. Mendirikan sembahyang ertinya menegakkan agama. Mendirikan sembahyang yang dimaksudkan ini bukanlah sekadar sembahyang ala kadar sahaja. Sembahyang wajib dilaksanakan dengan penuh penghayatan khusyuk. Sembahyang yang khusyuk mampu mengubah peribadi dan mempunyai kesan ajaib terhadap diri, suami atau isteri dan keluarga. Inilah sembahyang yang menjadi sumber kekuatan individu, keluarga, masyarakat dan negara islam. Sembahyang berjemaah pula mampu menjadi pengikat hati setiap pasangan suami isteri.
6) Sembahyang malam adalah elemen penyejuk hati, penenang jiwa. Jiwa yang lapang dan tenteram tidak akan mudah keluh kesah dengan masalah yang berlaku. Semua situasi dapat dihadapi dengan tenang. Jika ada masalah, maka waktu tahajjud adalah masa terbaik untuk bangun mengadap ilahi, mengadu dan meminta pertolonganNya. Hasilnya sangat mujarab dan ajaib! Seorang ketua pengarah sebuah jabatan kerajaan di Putrajaya pernah memberitahu Pak Lang bahawa sepanjang dia menerajui jabatan tersebut, dia mendapatkan ilham dan panduan bagaimana yang patut direncanakan untuk jabatannya – di dalam waktu tahajjud!! katanya tidak ada keputusan yang dibuatnya melainkan didapatkannya dengan merintih mengadu dengan Allah swt di waktu dinihari – seorang diri!!
7) Bersedekah adalah sunnah Rasulullah saw yang sangat berkesan dalam membina jalinan hubungan kasih sayang. Ianya membantu orang yang memerlukan dalam bentuk apa sahaja yang kita mampu. Memberi sedekah itu amat berharga di sisi Tuhan walaupun cuma dengan melontarkan senyuman. Orang yang berdoa, mengharapkan Tuhan memakbulkan doa mereka. maka sedekah menjadi sebab doa kita dimakbulkan Tuhan. Sedekah menajamkan doa.
8) Pengantin mesti berupaya menjadi orang yang boleh berkasih sayang, bermesra dengan sesiapa sahaja, Berilah perhatian dan kasih sayang kepada orang lain – tanpa syarat. Jangan hanya tahu untuk bersikap prihatin dengan pasangan sendiri sahaja sebaliknya perlulah melebarkan ruang kasih sayang untuk sesama insan. Hargai orang lain, nanti kita akan lihat pasangan kita juga turut menghargai kita. Gembirakan hamba Allah, nanti Allah akan gembirakan kita. Tidak rugi jika kita memberi kerana hanya yang selalu memberi sahaja yang akan memperoleh pemberian.
9) Jadikan Islam itu sebagai agama penyuluh hidup demi keselamatan dunia akhirat. Jadikan agama sebagai panduan kerana kita diwajibkan memahami, meyakini, mengamalkan dan menghayati ajaran agama. Seluruh apa yang ada dalam ajaran Islam adalah merupakan kehendak Allah swt dan Rasul saw. Allah sangat menginginkan kita menjadi hamba yang taat, Dan Rasul sangat mengdoakan kita menjadi ummat yang mengikut panduan Baginda dalam kehidupan. Maka jadikanlah Islam itu sebagai cita-cita hidup dan mati kita. Kita hanya akan mati dan hidup di dalam agama suci ini. Kehidupan yang lalai, main-main, suka-suka, berfoya-foya adalah kehidupan menipu yang pasti akan menggagalkan apa saja cita-cita baik yang ada di dalam hati kita. Dua hal yang berbeda, pasti tidak akan mampu duduk sekali di dalam hati yang satu.
10) Dalamilah ilmu tentang perkahwinan. Luaskan kefahaman diri terhadap agama, sejarah nabi saw dan amalan beragama yang sebenarnya. Dalam rumah tangga, ulama berpesan untuk;