TELUR AYAM TIRUAN (Artificial eggs) merupakan satu ancaman kepada pengguna yang telah viral diseluruh dunia baru-baru ini. Terdapat beberapa video yang berdurasi beberapa minit bagaimana telur tiruan ini dibuat dan dimasak sehingga ia menakutkan ramai pengguna diseluruh dunia termasuk Malaysia. Antara video ini anda boleh paut atau pun cuba dengan cuba link dengan video berikut https://www.youtube.com/watch?v=HdQ5Fc6P_U4 yang menunjukkan cara membuatnya. Dari maklumat dalam iinternet, dipercayai telur tiruan ini banyak dihasilkan di negara China walau pun mungkin hanya teknologi tersebut memang telah maju mereka ada. pa yang mengusarkan masyarakat tempatan adalah sama ada telur ayam yang mereka beli dan makan selama ini adalah telur ayam asli daripada ayam telur atau pun telur ayam tiruan daripada kilang pembuat telur palsu. Sebenarnya penulis blog anim agro pun perasan dimana heboh satu negara pasal telur tiruan. Jika tidak kerana satu kes di mana telur tiruan berjaya dirampas dan didedahkan kepada umum, sudah tentu sampai sekarang kita rakyat biasa tidak tahu adanya sindiket telur tiruan ni. Ingatkan barangan elektronik sahaja yang boleh diciplak, rupa-rupanya makanan macam telur ayam pun boleh diciplak juga. Jika isu seperti ini tidak dihebahkan oleh Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) memang sudah tentu kita mungkin antara yang menjadi mangsa keadaan ini. Hebat sungguh otam manusia dan teknologi sains!!. Dipercayai dengan kos jualan yang separuh harga lebih murah daripada telur asli (kos untuk membuatnya adalah hanya 1/10 daripada kos dan harga telur asli) maka sudah tentu ianya menarik minat ramai penjual untuk mereka menjualnya kepada umum tanpa memikirkan risiko yang bakal menimpa si penggunanya. Berkemungkinan penjual sendiri tidak mengetahui bahawa telur yang dibekalkan kepada mereka oleh pengedar adalah telur tiruan. Artikel subuh selepas solat subuh jam 5.29 pagi ini saya menulis dalam blog ”Anim Agro Techology” mengenai isu dan info telur ayam tiruan untuk dikongsi bersama.
Ciri penting lain pada telur buatan adalah pada saiznya yang lebih besar berbanding telur sebenar. Anda juga boleh mengenali telur palsu melalui baunya. Jika ia tidak berbau hanyir seperti telur yang biasa kita makan, maka ia adalah telur palsu (Sila lihat foto disebelah). Satu lagi ciri lain yang boleh dilakukan adalah dengan menggoncangkan telur tersebut. Sekiranya bunyi yang mana dihasilkan kedengaran seperti air, ia adalah telur palsu memandangkan cecair tersebut tidak sebati dengan agen pemejal sekali gus menyebabkan kuning telur bercampur dengan putih telur setelah telur itu dipecahkan. Ciri yang terakhir adalah telur palsu mempunyai permukaan kulit telur yang kasar berbanding telur asli. Sebagai kesimpulannya, telur buatan manusia boleh di identifikasikan daripada tujuh ciri iaitu warna kuning telur yang lebih pekat, Tiada pusat telur, Saiz telur yang besar, Tiada bau telur mentah, Bunyi cecair yang terhasil apabila telur digoncangkan, Kuning telur mudah bercampur dengan putih telur dan juga Permukaan kulit telur yang kasar. Sebagai pengguna yang bijak maka sebaiknya kita harus sentiasa berhati-hati dalam membeli telur kerana telur palsu mengandungi kalsium klorida yang didakwa ia boleh menyebabkan penyakit hati, dan juga asid benzoic yang boleh membahayakan kesihatan otak serta sel saraf.Dalam pada itu dinyatakan dimana terdapat perbezaan telur ayam asli (kanan) dan tiruan selepas direbus. Kepada anda yang ingin mengenal telur tiruan selepas direbus boleh melakukannya dengan memecahkan telur tersebut dimana putih telur dan kuning telur akan segera bercampur (Sila lihat foto paling bawah). Kedua dilihat cangkerang telur tiruan agak berkilat berbanding telur sebenar akan tetapi tidak begitu ketara. Ke 3 adalah apabila disentuh dengan tangan, ia terasa agak kasar berbanding telur sebenar. Ke 4 dimana apabila telur tiruan digoncang ia akan berbunyi kerana air berlebihan daripada bahan pepejal. Ke 5 dimana telur sebenar agak berbau seperti daging mentah. Ke 6 apabila anda mengetuk-ketuk sedikit telur itu didapati telur sebenar berbunyi lebih rapuh berbanding telur tiruan. Ke 7 adalah dengan mememecahkan telur tiruan dan akan kelihatan dimana kuning telur dan putih telur akan cair bersama. Ini disebabkan kuning telur dan putih telur dihasilkan daripada bahan mentah yang sama. Ke 8 dimana kKetika menggoreng telur tiruan, kuning telur akan mengembang tanpa disentuh. Umum tahu dimana telur adalah sumber protein yang murah dan dimakan oleh penduduk Malaysia. Memandangkan ia merupakan makanan kegemaran ramai maka Persatuan Pengguna Pulau Pinang menggesa pihak berkuasa supaya menjalankan siasatan dengan segera berhubung isu telur tiruan ini. Tambahan pula, telur tiruan mungkin mengandungi gelatin yang haram dimakan oleh orang Islam.
Dalam akhbar lain bertajuk “Lapor segera jika terbeli telur tiruan” Kementerian Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) meminta pengguna yang terbeli telur dipercayai tiruan supaya membuat aduan segera supaya siasatan terperinci dan tindakan boleh dilakukan, kata timbalan menterinya Datuk Tan Lian Hoe. Katanya pihaknya sukar mengenal pasti sama ada telur ayam yang berada dalam pasaran itu palsu atau tulen dan mustahil bagi pihaknya merampas semua bekalan telur. Oleh itu, adalah penting bagi pengguna yang membeli telur yang disyaki tiruan supaya membuat laporan segera, katanya kepada pemberita selepas berdialog bersama anggota Persatuan Pekedai Barang-Barang Runcit negeri Perak di Ipoh hari ini. Tan berkata berkata antara ciri-ciri telur tiruan ialah saiznya agak besar daripada telur tulen, kulitnya lebih cerah dan tidak licin. Katanya pihak yang menjual telur tiruan itu boleh dikenakan tindakan mahkamah mengikut Akta Perihal Dagangan 1972 di mana jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman denda RM100,000 atau tiga tahun penjara, atau kedua-dua sekali. Katanya pihaknya sedang bekerjasama dengan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani untuk menyiasat serta membendung kegiatan menjual barang makanan tiruan yang mungkin didalangi oleh sindiket tertentu atau diimport dari luar negara. Rabu lalu, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mendedahkan pihaknya telah menerima aduan daripada pengguna yang membeli 30 biji telur tiruan pada harga RM11 di pasar Pulau Tikus. Siasatan yang dijalankan oleh persatuan itu mendapati kulit telur palsu itu diperbuat daripada lilin parafin, serbuk gypsum dan kalsium karbonat manakala kuning telur dan putih telur menggunakan bahan daripada natrium alginat, alum, geletin, asid benzoik, kalsium klorida, air serta bahan pewarna makanan.
Dalam laporan dari Sarawak dengan tajuk “Kami jual telur ‘ori’ di Emart Matang” juga sesuai dirujuk. Berita dari Kuching menyatakan dimana pihak pengurusan Pasar Raya Emart Matang menafikan menjual telur palsu seperti yang ditularkan dalam laman media sosial Facebook. Terkini Eksekutif Kanan Emart Matang Loh Wei Teck berkata tindakan pemilik Facebook atas nama Somba Mix itu telah memburukkan imej Emart (Sila lihat foto disebelah). Sehubungan itu katanya pihak pengurusan telah membuat laporan polis pada 26 Disember lalu berhubung perkara ini untuk tindakan sewajarnya. Laporan katanya turut dibuat kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) pada hari yang sama dengan laporan polis dibuat. Loh (kanan) dan Eksekutif Jabatan Sumber Manusia dan Pentadbiran Emart Matang, Dayang Syazilla Abang Ashari memecah telur bagi membuktikan ia bukan palsu seperti yang ditularkan. “Pihak Kementerian Perdagangan, Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) juga telah memeriksa telur yang kami jual pada 26 Disember. “Hasil daripada pemeriksaan tersebut, pihsk terlibst iaitu KPDNKK mengesahkan bahawa tiada telur palsu yang dijual di pasar raya ini dan telur yang ditularkan tersebut adalah telur yang telah dibeku,” katanya pada sidang media di Emart hari ini. Sehubungan itu pihak pengurusan menasihatkan orang-ramai terutama pengguna dan pelanggan Emart supaya tidak mempercayai berita palsu ini. Loh juga memberi jaminan bahawa telur yang dijual di Emart ini adalah telur yang asli yang dibekalkan oleh pembekal yang sah. Semuga artikel panjang lebar ini dalam anim agro technology mampu menjadi bahan rujukkan dan bacaan anda semua. Wasallam!!…
TELUR AYAM… TIRUAN PUN ADA…
BANYAK DIKELUAR… DARI CHINA…
HARGA MURAH… ITU YANG DIDAKWA…
ADAKAH SELAMAT… JIKA MAKANNYA?…
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Jalan Padi Ria 11, Bandar Baru UDA,
Johor Bahru, Johor,
Malaysia.
(5 RabiulAwal 1440H).







