Resepi dari keratan majalah zaman bila ntah..x ingat dah..Selalu tengok orang jual kat Pasar Malam ni…apapun yang dibuat sendiri lagi sedap kan..hehe..Sedap ni, anak-anak Ummi suka..sesuai untuk bekal anak ke sekolah..mengenyangkan..Bahan Untuk Inti:-
-
300 gm daging cincang
-
2 biji kentang (dipotong dadu)
-
1 biji lobak merah (dipotong memanjang)
-
1 sudu teh serbuk lada hitam
-
1 biji bawang besar (dipotong dadu)
-
5 biji cili padi (hiris halus)
-
sedikit daun bawang (dihiris halus)
Bahan Untuk Kulit:-
-
1 cawan tepung gandum
-
1 cawan air
-
1 biji telor
-
sedikit garam
-
serbuk roti (bread crumbs) secukupnya
-
Tumiskan bawang besar hingga wangi dan kekuningan.
-
Masukkan daging dan biarkan empuk sedikit.
-
Masukkan kentang dan carrot.
-
Masukkan garam dan lada hitam secukup rasa.
-
Masak hingga daging kering sedikit. Ketepikan.
Cara Menyediakan Kulit:-
-
Campurkan kesemua bahan kecuali serbuk roti. Kisar supaya adunan halus dan rata.
-
Panaskan kuali leper (tak perlu letak minyak). Tuangkan satu senduk adunan tadi dan angkat kuali dan lenggangkan rata seperti membuat kulit ketayap.
-
Masak dengan api perlahan.
-
Angkat dan letakkan inti di tengahnya. Gulung sikit dan lipat tepi kiri dan kanan dan gulung lagi seperti kuih ketayap.
-
Selepas itu, celupkan kuih di dalam telor yang telah dipukul sedikit.
-
Kemudian golekkan di dalam serbuk roti biar rata.
-
Goreng dalam minyak panas hingga kuning keemasan. Angkat dan toskan.