Antara perbezaan ketara amalan Pertanian Tradisi ( Traditional ) vs amalan Pertanian Konservasi ( Conservation )
1. Masa
– Tradisi : lebih masa diperlukan untuk satu kitaran penanaman dari penyediaan tanah kepada penuaian
– Konservasi : penjimatan masa kerana ada proses yang ditiadakan / dikurangkan / dipermudahkan
2. Beban kerja
– Tradisi : lebih banyak tenaga di perlukan untuk setiap proses penanaman dari mula hingga akhir
– Konservasi : proses yang memerlukan beban kerja yang banyak dikurangkan atau dihapuskan
3. Membersihkan kawasan / mencantas / memotong semak samun
– Tradisi & Konservasi : masa dan beban kerja yang sama
4. Membakar
– Tradisi : biasanya selepas kawasan dibersihkan dan segala sisa dibiarkan kering dan dibakar
– Konservasi : tiada pembakaran dilakukan, segala sisa pembersihan kawasan di jadikan sungkupan / mulching dan di tabur berselerak
5. Membajak / ploughing
– Tradisi : masa yang lama dan beban kerja yang banyak diperlukan
– Konservasi : tiada aktiviti membajak dilakukan dan jimat masa dan tenaga untuk penyediaan tanah
6. Penanaman / seedling
– Tradisi : tanpa sistem
– Konservasi : ada sistem seperti barisan, jarak tanaman, tanaman selingan dan sebagainya
7. Merumput / pengurusan tanaman
– Tradisi : tanpa sistem, tanaman sukar diurus samada membaja, merumput, menyiram dan sebagainya
– Konservasi : dengan adanya sistem penanaman yang baik akan menjimatkan masa mengurus tanaman
8. Menuai
– Tradisi : hasil tuaian akan semakin merosot dari satu musim ke satu musim seterusnya kerana kesuburan tanah semakin kurang
– Konservasi : hasil tuaian akan semakin baik dari musim ke musim kerana kesuburan tanah di tingkatkan dengan penggunaan sungkupan yang berterusan, tanpa bajak dan sebagainya