Masalah Pokok Cili Api
Pokok cili api sistem hidroponik sumbu ada sedikit masalah iaitu daun kekuningan dan gugur setelah pokok makin besar. Mungkin bacaan EC larutan baja ada masalah.
Pokok cili api sistem hidroponik sumbu ada sedikit masalah iaitu daun kekuningan dan gugur setelah pokok makin besar. Mungkin bacaan EC larutan baja ada masalah.
Tuaian dari 3 pokok cili api akar sistem hidroponik sumbu. Tiada afid yang kelihatan cuma banyak buah cili api yang di sengat lalat buah.
Perkembangan yang baik, cili api akar sudah banyak buahnya, cili bara pun sudah mulai berbunga cuma air hujan telah mencairkan baja hidroponik dalam botol takung
1. Cawan kitar semula bertutup digunakan – supaya pokok lebih stabil dan mengurangkan kemasukan air hujan yang akan mencairkan kepekatan larutan baja 2. Botol dan cawan dicat warna gelap – mengurangkan / mengelakkan pertumbuhan alga 3. Sedikit garisan menegak pada botol tidak dicat – memudahkan pemantauan isipadu larutan baja 4. Lubang untuk penambahan air baja … Read more
Setelah 2 kali klon cara rendaman dengan air berhasil keratan batang tomato besar berakar, sebanyak 6 lagi keratan dibuat cara yang sama. Yang ini juga insyaAllah jika berakar akan dipindahkan ke sistem hidroponik sumbu. Tak sabar nak tengok pokok tomato yang menjadi kerdil / dwarf dan berbuah besar.
Tomato besar hasil klon keratan batang dengan rendaman, sudah berakar dan dipindahkan ke sistem hidroponik sumbu bekas botol air mineral. 1.4.18 : 12.4.18 :
Pokok tomato ceri yang disemai pada 17.1.18 sudah nampak putik buahnya pada 3 pokok yang ditanam secara sistem hidroponik sumbu menggunakan botol bekas air mineral / botol minyak masak. 28.3.18 : 25.4.18 :
Sistem hidroponik lebih cepat kadar tumbesaran pokok tomato ceri berbanding yang di atas batas tanah.
Pokok tomato termasuk tomato ceri boleh dikategorikan sebagai ” kuat makan ” atau heavy feeder. Bila pokok dah besar, baja hidroponik dalam botol 1.5 l sedia ada akan kering dalam masa tak sampai 2 hari. Oleh itu takung air baja atau reservoir di tukar kepada bekas botol lebih besar 5 l. 11.3.18 : 18.3.18 :
Agak lambat untuk tumbuh bawang merah ini. Ditanam pada 1.2.18 yang lalu.