Nilai Kebaikan Seorang Majusi – Tingginya Nilai Menolong Orang Susah Dan Anak Yatim Di sisi Tuhan!!

Daripada Abu Hurairah katanya, seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah s.a.w., “Wahai Rasulullah, manakah sedekah yang lebih utama?” Baginda bersabda: “Kamu bersedekah dalam keadaan kamu sihat dan tamak, mengharapkan kekayaan dan takutkan kefakiran. Jangan tangguhkan sehingga nyawa di halkum lalu kamu katakan, ini untuk si fulan, itu untuk si anu, sedangkan ia sudah menjadi hak si … Read more

Kisah Sedih : Hargai Pengorbanan Ibu Bapa

Ada seorang bapa datang ke kedai, melihat-lihat seperti pelanggan lain. Aku menerjahnya, “Pakcik, laptop…” – dia tersenyum dan masih melihat-lihat laptop yang ada di kedai. Aku menyambung lagi, “Nak beli untuk anak ke?”, “Ya, nak beli untuk anak – dia nak sambung belajar – laptop yang mana yang ok?”. Aku mempromosi barang seperti biasa – … Read more

Kisah Wanita Mengumpat Yang Sukar DiKafankan

Setiap manusia yang hidup pasti akan merasai mati. Itu adalah janji Allah SWT kepada hambaNya. Namun bagaimana cara kita mati, tempat kita mati, keadaan kita mati hanya Allah sahaja yang mengetahuinya. Kita sebagai hamba Allah hanya perlu sentiasa berdoa agar mati dalam khusnul khatimah. Di bawah ini terdapat satu kisah yang mana diceritakan kisah seorang … Read more

Masya Allah!! Kisah Azab Anak Derhaka Menghadapi Sakaratul Maut!!!

Sebaik sampai ke pintu wad, jeritan Jalal menerpa ke telinga saya. Jeritannya sungguh kuat kerana azab dan sakit yang ditanggungnya tidak mampu ditanggung lagi. Saya percepatkan langkah menuju ke katilnya. Di sisi katil saya lihat ahli keluarga Jalal sedang menangis tersedu-sedu. Jelas mereka panik dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan, kecuali melihat Jalal menggelepar … Read more

Kisah Saiyidah Nafisah Dengan Gabenur Yang Zalim – Kesan Hati Yang Gementar Dengan Tuhan!!

“Satu-satunya cara agar kita memperolehi kasih sayang ialah jangan menuntut agar kita dicintai, tetapi mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan” – Rabiatul AdawiyahKisah berikut adalah berkaitan Saiyidatina Nafisah. Untuk pengetahuan, Saidatina Nafisah..Beliau lahir pada rabiulawal 145H di Makkah..Ayahnya Saidina Husain al-Anwar..Merupakan cicit kepada Saidina Hassan..Beliau datang ke Mesir pada malam 27 Ramadhan tahun … Read more

Kisah Benar!! Balasan Tuhan, Mayat Keluar Darah Dan Nanah Yang Busuk

Diceritakan oleh Ustaz Nahrawi Marzoki PERISTIWA yang ingin saya ceritakan adalah mengenai satu jenazah yang bagi saya cukup aneh. Darah tak putus-putus keluar daripada seluruh tubuhnya. Tak tahulah kenapa, tapi dari sejak Allahyarham meninggal dunia, darah tak berhenti-henti keluar. Allahyarham ini meninggalnya kerana sakit, bukan sebab kemalangan. Doktor pun mengesahkan tidak ada penyakit yang boleh … Read more

Kisah Seorang Anak Raja Keluar Meninggalkan Istana – Kenapa?

Kepada anak cucu dan remaja sekelian, Pak Lang titipkan kisah seorang anak raja yang zuhud. Tuhan memilihnya menjadi remaja yang sangat rasa dirinya hamba yang hina. Dia benar-benar menghayati hakikat kehidupan di sisi Tuhan. Bacalah untuk iktibar dan merenung kedudukan diri kita sendiri. Sebuah cerita telah dituliskan dengan tinta emas dalam lipatan sejarah Khalifah Harun … Read more

Kisah Seorang Pakcik Tua…

Di dalam dunia ini ramai manusia pelik yang berhati mulia. Di celah-celah berjuta manusia ramai yang pelbagai ragam, biasanya ada terselit satu dua sosok tubuh insan berharga di sisi Tuhan. Itulah yang patut kita fahami agar kita tidak tersilap menanggapi seseorang. Manusia kekasih Tuhan mempunyai pelbagai ragam dan watak tersendiri. Tidak semua manusia biasa memahaminya. … Read more

Harga Sebuah Kereta Dan Nilai Seorang Anak

Pak Lang paparkan satu kisah yang diambil dari blog wirajiwa . Carilah apa hikmah dan pengajaran yang boleh diambil dari kisah ini. Sebuah kisah untuk dijadikan iktibar dan pengajaran…… Sebagai ibu kita patut juga menghalang perbuatan suami kita memukul especially pada anak2 yg masih kecil dan taktau apa2 lagi tu. Mengajar dgn cara memukul bukanlah … Read more

Cerpen: Tawaf Widak Untuk Walid Oleh Tongkat Jibril (2011/10/23)

“TIK! Tik! Tik!” Sayup-sayup kedengaran bunyi seperti besi diketuk ke jalanan. Sesiapa yang mendengarnya pasti akan berpaling memandang, namun tiada merasai apa-apa. Sedang si pengetuk jalanan itu berhempas-pulas mencapai penghujung langkahan. Hatinya sudah bergelojak tidak sabar mahu segera ke tempat persujudan, sementelah mendengar laungan panggilan menghadap Ilahi sewaktu dia berjumpa pelanggan di tengah-tengah bandar Temerloh. … Read more