Sayur-Tomato
Tomato Besar Klon Ke-1 Sudah Berbunga
Tomato besar klon dari keratan batang pokok tomato asal yang ditanam dalam tempat tanaman bertayar telah berbunga … alhamdulillah
Klon Tomato Lagi
Setelah 2 kali klon cara rendaman dengan air berhasil keratan batang tomato besar berakar, sebanyak 6 lagi keratan dibuat cara yang sama. Yang ini juga insyaAllah jika berakar akan dipindahkan ke sistem hidroponik sumbu. Tak sabar nak tengok pokok tomato yang menjadi kerdil / dwarf dan berbuah besar.
Pindahkan Tomato Klon Ke-2
Tomato besar hasil klon keratan batang dengan rendaman, sudah berakar dan dipindahkan ke sistem hidroponik sumbu bekas botol air mineral. 1.4.18 : 12.4.18 :
Pindahkan Tomato Klon-1
Sepokok tomato besar klon menggunakan keratan batang telah dipindahkan ke bekas tanaman bertayar menggantikan sepokok tomato ceri yang mati. 18.3.18 : 30.3.18 :
Penyakit Reput Akar Pokok Tomato
Antara penyakit yang sering menyerang akar pokok tomato dan menyebabkan pokok tomato mati
Tomato Klon Sudah Berakar
Keratan batang pokok Tomato yang direndam pada 22.2.18 sudah berakar. Langkah seterusnya adalah memindahkan ke bekas tanaman. 1.3.18 : 6.3.18 :
Pembiakan Tampang atau Klon Tomato
Tujuan utama pembiakan tampang adalah untuk mendapatkan hasil yang cepat kerana bahagian pokok yang di klon adalah bahagian matang pokok tersebut. Percubaan meng ‘klon’ pokok tomato dengan menggunakan keratan batang dan direndam dahulu sehingga berakar. 22.2.18 : 26.2.18 :
Perkembangan Semaian Tomato Ceri, Cili dan Terung
Tomato ceri dari sebiji buah yang di potong dan disemai sudah tumbuh dengan banyaknya. Terung telunjuk juga belum kelihatan. Cili api akar dan bara sudah tumbuh, cili besar tidak kelihatan anaknya.