PAPRIK DAGING (Sama ada daging Lembu atau Ayam) merupakan sejenis makanan yang semakin popular dimana ia dipercayai berasal daripada dari negara Thailand tetapi kini sudah menjadi menu makanan terkenal di Malaysia. Perkataan ”Paprik” itu sendiri berasal dari perkataan ‘Pad Prik’ dalam bahasa Thai yang bermaksud daging dimasak dalam sos cili (meat cooked with sauteed chili paste). Penulis blog merupakan diantara peminat makanan daging paprik yang memang amat enak dimakan dengan nasi putih dan pelbagai lauk lain sama ada dimakan semasa tengahari atau makan malam. Terdapat berbagai cara menyediakan masakan daging paprik ini sama ada ia dimasak khusus sebagai lauk untuk dimakan dengan nasi putih atau dimasukkan terus semasa dihidangkan dengan nasi putih atau nasi goreng. Terdapat beberapa resepi menu makanan daging paprik sama ada Nasi Putih bersaa Daging Paprik atau Nasi Goreng Daging Paprik. Penulis blog mendapati menu Nasi Goreng Paprik merupakan menu yang sangat popular dikalangan peminat makanan ala-thai yang mana premis tersebut ujud bertaburan ada diseluruh negara. Di restoren Ala-Thai ini daging paprik merupakan diantara hidangan disediakan kepada pelanggan selain daripada masakan TomYam, SomTam, Ikan Masak Tiga Rasa, Kailan Ikan Masin, Telur Dadar, Sambal Belacan, Puyuh Goreng Kunnyit, Ayam Berlada, Ayam Masak Kunyit, Ikan Bakar dan banyak lagi menu yang disediakan. Permintaan untuk menu daging paprik memang sentiasa menjadi pilihan pelanggan di restoren ini. Bagaimana pun jika anda ingin menyediakan makanan enak ini dirumah juga mat mudah untuk disediakan asalkan anda tahu memasak dan mempunyai bahan yang mencukupi. Artikel subuh ini dari tingkat 12, APA Hotel and Resort, Shibuya-Ku, Tokyo, Japan dalam blog “Anim Agro Technology” saya menulis makanan daging paprik sebagai salah satu makanan popular dimasa ini.
Cara menyediakan dan memasak hidangan daging paprik dimulakan dengan anda perlu memotong daging kecil dan nipis agar ia mudah dimasak dan senang dimakan. Daging yang siap dipotong ini perlu dibasuh dan mesti di toskan dahulu. Kemudian siapkan semua bahan yang disebutkan diatas dengan membaduhnya terlebuh dahulu dan dihiris, dipotong atau diketuk mengikut kaedah dan kesesuaian dipremis yang anda sedang memasaknya. Seterusnya perlu di panaskan minyak masak dalam kuali dan kemudian tumiskan bawang putih dan serai sehingga wangi.
Bab akhir dalam kisah mengenai paprik daging adalah bagaimana mudahanya untuk menyediakan masakan Paprik Daging Ayam yang banyak diminati ramai penduduk Malaysia (Sila anda lihat foto disebelah). Makanan ini enak dimakan dengan nasi putih atau nasi goreng dan sebagainya bersama keluarga. antara bahan-bahan yang diperlukan untuk menyediakan paprik daging ayam adalah pastinya daging bahagian isi ayam, Cili padi merah, Cili padi hijau, Bawang besar (potong bulat), Bawang putih, Kacang panjang (dipotong), Lobak (potong2 bulat), Brokoli, Serai (dititik), Daun limau nipis, Garam, Air dan pastinya pes paprik segera. Cara membuatnya amat mudah dengan pertama sekali perlu digoreng isi daging ayam terlebih dulu dan biarkan sejuk. Kemudian adalah kerja menumis kesemua bahan seperti bawang besar, bawang putih dan cili sudah dipotong dalam kuali panas. Masukkan lobak, brokoli, serai, daun limau nipis dan goreng bersama bahan-bahan tadi. Tuangkan pes paprik mengikut keperluan dan tambah sedikit air bersama garam secukup rasa. Pada akhir masakan di masukkan semula ayam yang sudah digoreng tadi kacau semua bahan-bahan hingga sebati. Kini paprik daging ayam yang enak dan mudah disediakan sudah sedia untuk dihidangkan bersama nasi panas. Semuga anda mendapat info terbaik dari anim agro technology kali ini. Salam dari Tokyo… Wasallam!!!.
![]() |
| Try pula makanan Wagyu halal di Tokyo semasa disana. |
PAPRIK DAGING … MAKANAN ISTIMEWA…
MUDAH DISEDIAKAN…ENAK RASANYA…
NASI PUTIH … MENJADI JADI LAUKNYA…
MALAS MASAK… TEMPAH DIKEDAI JADINYA…
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 1213, APA Hotel and Resort,
Shibuya-ku, Tokyo,
Japan.
(23 Safar 1440H).




