Emaliza Lizaema Tidak bersalah!

Assalamualaikum (^-*)…
hai korang..salam sejahtera dan salam 1 malaysia!! haha.. semangat nak menyambut hari kemerdekaan yang bakal kunjung tiba tak lama lagi nie.. tadi jannah buka fb jannah.. actually dah lama dah jannah tak buka FB jannah nie.. 
sekarang ini di laman sosial facebook tengah panas membincangkan tentang seorang anak gadis yang bernama Emaliza Lizaema atau emma yang dikatakan telah mengutuk dan menghina negeri Sabah.. okay, perkara ini memang agak sentisif dan amat berbahaya kepada negara kita Malaysia. waktu awal-awal tu jannaah pun agak  sakit hati la dengan ayat2 yang dikemukakan oleh beliau.. tapi yang sebenarnya emma tidak bersalah.. acound facebook beliau telah digodam oleh pihak tertentu yang kemungkinan besar tidak berpuas hati dengan emma sendiri.. 
saya takut jika perkara sebegini terus berlaku keharmonian dan perpaduan kaum yang selama ini kita kecapi   akan tercemar. walaubagaimanapun, kepada semua rakyat sabah di minta untuk bertenang. kamu pasti kah yang cik emma ini benar-benar menghina negeri kita? 
<!– more –>
menurut kenyataan kawan dan cikgu emma, satu salinan report polis telah dibuat untuk tindakan yang selanjutnya. ramai yang bertanya dan komen.. ramai  penduduk sabahan yang meminta Emma memberikan  bukti yang menyatakan bahawa dia sudah buat laporan  polis dan meminta emma untuk tampil dikhalayak ramai untuk  memberikan kenyataan. jannah ada jumpa beberapa bukti yang menunjukkan bahawa Emma nie sebenarnya di khianati dan dianiyai oleh pihak yang sengaja ingin menjatuhkan maruahnya.

kendatipun begitu, bukannya cik Emma taknak upload bukti itu ke laman sosial facebook. tetapi pihak polis mengkehendaki Emma agar jangan berbuat demikian dengan alasan-alasan yang tertentu. menurut kenyataan seorang sahabat Emma.

ini pula menurut kenyataan daripada cikgu Emma sendiri.

Pic Atas –> Akaun Fb 2 baru create semalam… Nampak sangat ade orang nak kenakan (Ema) dengan mengutuk negeri Sabah…

Pic bawah –> Akaun FB sebenar (Ema)

Terpulang kepada semua utk menilai.

okay? puas hati korang sekarang? cik Emma tak bersalah! ini bulan yang penuh dengan keberkatan..janganlah kita nodai kesucian bulan ini dengan menghina dan memfitnah sesama islam.. kita semua nie adalah saudara tak kira lah kita tinggal di semenanjung ke, sabah ke mahupun sarawak..kita adalah sama bak kata perdana menteri  kita ” kita adalah 1 malaysia” .. kepada Cik Emma, jannah harap cik dapat bersabar. semua yang berlaku ada hikmanya.. salam damai dari jannah dan seluruh warga sabah yang lain.. Peace no war!

Leave a Comment