DURIAN (Durio zibethinus) merupakan sejenis buah tropika yang luas ditanam di Malaysia dan merupakan buah yang menerima gelaran ‘Raja Segala Buah’. Kini terdapat seluas 110,000 hektar tanaman durian dilaporkan oleh Jabatan Pertanian dengan anggaran penghasilan sekitar 300,000 metrik tan setahun. Terdapat lebih daripada 200 varieti durian yang didaftarkan dengan Jabatan Pertanian Malaysia dibawah ‘Plant National Listing’ bagaimana pun hanya sekitar 15 varieti sahaja yang dikomersilkan penanamannya. Antara varieti durian yang popular adalah Durian Musang King (D197), Durian Teka, Durian Hajah Asmah (D168), Durian D24, Durian D16, Durian Merah, Durian Tembaga dan banyak lagi. Pada masa ini durian D197 yang didaftarkan dengan nama Durian Raja Kunyit atau nama lain Durian Musang King mendapat pasaran baik dalam pasaran domestik dan pasaran antarabangsa. Kualiti durian Musang King yang manis, tahan lama, aroma yang kuat dan disukai ramai memang dijual dengan harga lebih tinggi daripada varieti durian lain. Kawasan utama pengeluaran durian di Malaysia adalah di Daerah Raub, Pagang, Daerah Muar Ledang di Johor dan Daerah Batu Kurau di Perak. Kini buah durian dari Malaysia telah dipromosikan dimana ia dijangka akan menembusi pasaran ke China. Pasaran durian di China kini dimonopoli oleh Thailand yang telah lama mengeksport 3 varieti kenegara tersebut iaitu jenis Munthong, Chanee dan Kanyou. Bagaimana pun durian dari Thailand dipetik daripada pokok dengan indeks kematangan sederhana sedangkan durian dari Malaysia masak ranum. Satu promosi Festival Durian Malaysia 2017 telah diadakan dari 3-5 November 2017 di Hang ang City Compleks, Nanning, China dengan kerjasama Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia dan Gobenor Guangxi Zhuang Autonomous Region. Promosi ini telah berjaya menarik lebih daripada 300,000 pengunjung untuk merasai durian Malaysia, Nanas MD2 dan juga Nangka Tekam Yellow yang di pamerkan. Sebanyak 20 gerai produk akanan berasaskan durian juga mempamerkan barangan mereka dalam festival ini. Artikel malam ini saya menulis beberapa laporan akhbar dalam “Anim Agro Technology” sebagai satu rekod untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukan.
04 November 2017 3:00 AM
QINZHOU 3 Nov. � Kerajaan Malaysia memohon kelulusan segera daripada Kerajaan China untuk membolehkan durian musang king segar dibawa ke pasaran republik itu dalam masa terdekat. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, ia secara tidak langsung membolehkan pasaran raja buah itu mampu bersaing dengan buah-buahan tempatan yang sudah berjaya dieks�port ke negara itu sebelum ini. Jelasnya, setakat ini negara tersebut hanya menerima pasaran eksport musang king sejuk beku sahaja. �Buat permulaan sampel musang king akan diperkenalkan pada Festival Durian Malaysia di Nanning yang bermula hari ini hingga Ahad. Dalam masa terdekat saya yakin dengan langkah ini, ia dapat mempromosikan Malaysia melalui durian. �Paling penting, festival ini dapat mengumpulkan para pengusaha durian di Malaysia sekali gus menjadi platform mereka mencari tempat perniagaan dan tempahan di China. Bagi kita, ini juga peluang untuk memasuki pasaran besar dunia,� katanya kepada pemberita selepas sesi Forum Pelaburan, Perdagangan dan Pertanian di sini hari ini. Terdahulu, beliau mengadakan pertemuan dengan Setiausaha Parti Komunis China Jawatankuasa Bandar Qinzhou, Wang Gebing bagi membincangkan hubungan perdagangan dua hala Malaysia dan China. Ahmad Shabery berkata, pertemuan tersebut merupakan satu penghormatan kepada Malaysia dan beliau percaya melalui industri pertanian dapat mengeratkan lagi hubungan kedua-dua negara melalui kerjasama yang terhasil. �Contohnya semalam saya turut bertemu dengan beberapa pemimpin tertinggi Wilayah Guangxi untuk membincangkan isu sama. Di samping itu, Malaysia juga berbangga kerana lazimnya, kementerian sesebuah negara hanya dibenarkan bertemu pemimpin setempat, tetapi kita dapat bertemu dengan pemimpin ter�tinggi bandar Qinzhou,� katanya.
Tambahnya, dalam kedua-dua pertemuan itu turut dibincangkan mengenai pasaran eksport tiram, sarang burung walet dan beberapa produk pertanian dari Malaysia. �Ini sesuatu yang baik kerana semua produk untuk kebaikan bersama dan Ginzhou juga mempunyai produk mereka untuk dikongsi bersama. Di situ juga mempunyai Taman Industri Malaysia-China Qinzhou (QIP) sama seperti di Kuantan, Pahang yang boleh diperkemaskan lagi fungsinya,� katanya. Mengulas lanjut mengenai festival tersebut, beliau berkata, objektif utama adalah rakyat China dapat mengenali durian seperti musang king yang popular di Malaysia. �Di Malaysia, ia merupakan makanan kegemaran kita jadi kita tidak salah berkongsi kegembiraan yang sama dengan mereka. Kebanyakan rakyat China sudah mengenali musang king dan menganggap durian kita adalah yang terbaik,� katanya. Sementara itu, Wang berkata, walaupun Thailand turut mengeksport durian ke negara ini namun beliau mengakui durian Malaysia adalah yang terbaik di dunia. Untuk rekod, sehingga Julai lalu, nilai perdagangan kedua-dua negara berjumlah RM4.66 bilion yang terdiri daripada eksport Malaysia berjumlah RM1.18 bilion manakala import dari China berjumlah RM3.48 bilion. Malaysia mengeksport makanan yang diproses, bijirin, makanan laut, kopi, teh, koko dan rempah, manakala Malaysia mengimport dari China pula, seperti sayur-sayuran, buah-buahan dan bahan makanan yang diproses. UTUSAN
(g) Laporan Media ke 7:
Pasaran Eksport Durian Di China Sangat Luas
Isnin, 30 Oktober 2017
KUALA LUMPUR: Usaha Malaysia untuk mengeksport durian ke China tidak menjejaskan dominasi eksport raja buah oleh Thailand memandangkan pasaran yang sangat luas di negara Tembok Besar itu, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek. Beliau berkata produk durian dari Malaysia dan Thailand adalah berbeza serta mempunyai peminatnya yang tersendiri di China. �Saya percaya bahawa dalam dunia sekarang ini kita tak perlu gusar kerana durian Thailand ada penggemar sendiri, dan (festival) ini peluang untuk Malaysia ketengahkan hasil produk seperti �Musang King’ dan �Blackthorn’. �Di China potensi pasarannya sangat besar ? tak semua orang China suka makan durian, tapi kalau kita mendidik atau biasakan lebih ramai orang di sana makan durian, adakan aktiviti seperti pesta durian dan sebagainya, ia akan jadikan durian sebahagian budaya dan cara hidup, dan menjadi satu pasaran besar,� katanya pemberita di sini, Isnin selepas memberi taklimat kepada usahawan yang akan menyertai Festival Durian Malaysia 2017 (MDF2017) di Nanning, China bermula Rabu ini. Baru-baru ini, sebuah portal berita antarabangsa melaporkan kesediaan China mengetepikan larangan ke atas Malaysia untuk mengeksport durian segar,yang dilihat mampu menamatkan dominasi Thailand yang menjadi pengeksport terbesar �Raja Buah’ ke negara itu. Bagaimanapun, permintaan ke atas durian Musang King dari Malaysia meningkat mendadak, dan kementerian berjaya mendapat kelulusan khas untuk membawa lima tan durian segar pelbagai jenis, termasuk produk-produk premium berkaitan durian ke festival selama tiga hari di Nanning, Wilayah Guanxi itu. Sebelum ini, Malaysia hanya diberi kebenaran untuk mengeksport durian yang disejuk beku dan produk pes ke China, dengan pasaran bernilai RM23.52 juta dan RM18.02 juta masing-masing pada tahun 2015 dan 2016.
Parlimen: Durian Malaysia Jadi ‘Fenomena’ Di China
Bernama
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
(i) Laporan Media ke 9:
Durian Musang King Malaysia popular di China selepas menang anugerah
Mei 31, 2015 09:47 MYT
SHENZEN: Durian jenis Musang King dari Malaysia mendapat permintaan tinggi daripada masyarakat China sehingga pernah memenangi Anugerah Pertanian 10 Terbaik oleh stesen televisyen China, CCTV, pada 2013, kata pemenang anugerah itu, Sean Lee. Beliau berkata selepas memenangi anugerah berkenaan keenakan rasanya, durian Musang King Malaysia terus menjadi bualan hangat masyarakat di China sehingga beliau berjaya memiliki sembilan kafe yang menjual manisan dan minuman menggunakan durian dari Malaysia di beberapa wilayah di China. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob merasmikan kafe terbaru milik Sean yang dinamakan Mallove Dessert House di Vanke Mall, di sini pada Sabtu. Menurut Sean, Mallove merupakan cantuman dan singkatan daripada perkataan Malaysia Love. Beliau mengusahakan syarikat tersebut melalui syarikat miliknya di China iaitu HBS International (Shenzen) Limited yang beribu pejabat di sini. Dalam taklimat kepada Ismail Sabri pada pelancaran hari ini, Sean, yang berasal dari Kuantan, Pahang, berkata pada 2011, beliau mula menjual dan memasarkan pes durian Malaysia ke China namun sambutan yang diterima tidak begitu menggalakkan. “Kerana tidak mahu pes durian yang saya bawa ke China rosak, saya menggunakan kreativiti sendiri untuk mencipta resepi pelbagai pemanis mulut berasaskan durian seperti kek durian dan pai durian. Sambutan yang diterima bagi manisan mulut yang dibuat dari durian Musang King Malaysia sungguh menggalakkan. “Kafe saya yang pertama di Shenzen dibuka pada Disember 2012 dengan nama Dorena dan sambutan yang diterima sangat baik. Pada November 2013, kafe kedua saya dibuka dan ini diikuti dengan yang ketiga dan keempat. Kesemuanya di Shenzen. Kafe kelima di Guangzhou, keenam di Harbin, ketujuh di Shenzen dan kelapan di Dongguan,” katanya. Kini rangkaian kafe beliau menyajikan lebih 20 jenis pemanis mulut dan minuman yang dihasilkan menggunakan durian Musang King, D24 dan durian kampung dari Malaysia. Menu paling popular di rangkaian kafe milik beliau ialah pizza durian dan milkshake durian. “Cabaran yang dihadapi saya sekarang ialah mendapatkan bekalan durian dari Malaysia secara konsisten dan memastikan pembungkusan pes durian dari Malaysia menepati piawaian yang ditetapkan pihak berkuasa China,” katanya. Sementara itu, Ismail Sabri berkata durian Malaysia mempunyai pasaran besar di China dan kementeriannya akan berusaha memastikan bekalan durian kepada usahawan produk berasaskan durian Malaysia di China tidak putus. Bagi merebut peluang daripada pasaran luas dan permintaan tinggi untuk durian Malaysia oleh China, kementerian sudah pun melaksanakan kempen penanaman semula durian,” katanya. Ismail Sabri juga mahukan pengusaha produk berasaskan durian menjual durian Musang King hanya dalam bentuk dingin beku kerana rasanya yang begitu istimewa.
(j) Laporan Media ke 10:
Durian paling dicari dalam Alibaba.com di China






