Ni akak buat untuk bekfes pagi minggu kelmarin…terliuq tengok Rinn tayang kat dapur dia..terasa-rasa kat tekak dah banyak hari dah..ni baru sempat nak buat…Thanks Rinn..laku sungguh la kat rumah ni..kebetulan anak-anak sedara ada dan Najwa pun ada balik sempena “study leave” ni..sampai je dia tibai ni dulu..hehe..Bahan:- (7 orang)
-
500 gm Fettuccine – direbus hingga lembut – toskan.
-
2 sb. olive oil (minyak masak or butter pun boleh)
-
1 biji bawang besar (bawang Holland tu sedap) – dadu
-
3 biji bawang putih – cincang
-
800 gm tomato puree
-
500 gm cendawan butang – hiris nipis
-
2 sb. daun parsley segar (akak guna dried parsley je)
-
1/2 cup cream (akak pun letak cream cheese)
-
segenggam udang segar
-
green & red capsicum
-
2 biji tomato – potong dadu
-
2 sb. sos tiram
-
2 sb. sos lada hitam
-
2 sb. sos cili
-
2 sb. kicap cair
(*kalau x cukup masin, tambah garam secukup rasa)
Cara-cara:-
-
Panaskan minyak zaitun dan tumis bawang besar dan bawang putih hingga kekuningan dan wangi.
-
Kemudian masukkan udang, kacau sebentar.
-
Masukkan tomato puri dan semua sos serta cendawan butang.
-
Masukkan cream cheese dan Fettuccine dan kacau rata-rata. Taburkan dried parsley.
-
Masukkan capsicum dan tomato dadu. Seimbangkan rasa.