Gara-gara letak kaki di tingkap ketika memandu

Seorang pemandu disaman selepas tindakannya memandu sambil meletakkan sebelah kakinya pada tingkap kereta tular di media sosial.

Gara-gara letak kaki di tingkap ketika memandu

Perkara itu mendapat perhatian polis selepas beberapa pengguna internet memuat naik perilaku lelaki itu ketika dia memandu di ibu negara, lapor Fawan.com

Foto menunjukkan lelaki itu meletakkan kakinya pada tingkap kereta jenis Toyota berwarna hitam yang dipandunya.

Identiti lelaki itu dikenalpasti melalui nombor plat kenderaanya yang terpapar pada foto viral berkenaan.

Dia dikenakan denda 200 yuan (RM126) dan diberikan dua mata pada lesen memandunya.

Di China, lesen memandu akan ditarik balik sekirannya pemandu mempunyai 12 mata dalam tempoh satu tahun.

 

Sumber: Sinar Harian

Sumber Gara-gara letak kaki di tingkap ketika memandu

Leave a Comment