Emm ada ikan kerisi lagi dalam fridge ni, so Ummi pun hentam bakar dengan resepi dari KakLiza ni…Lagipun bahannya pun senang..Tapi Ummi wat sekor ikan je..kira half laa..Bahan:-
2 ekor ikan selar (*ummi guna ikan kerisi)
daun limau purut
jus limau nipis/kasturi
alluminium foil
Bahan Mesin:-
3 biji cili merah
5 biji cili apai
3 batang serai
1 biji tomato
garam
Cara Memasak:-
Gaulkan semua bahan mesin dan letakkan dalam alluminium foil. Letakkan ikan dan daun limau purut. Bungkus kemas. Bakar atas dapur atau dalam oven dengan suhu 200 deg. celcius selama 20 minit. Perahkan limau nipis semasa menghidang.