
Di antara bangsa-bangsa manusia, tidak ada bangsa yang sekuat ya’juj ma’juj, sekejam ya’juj ma’juj, dan sebanyak ya’juj ma’juj. Namun tidak disangka, bahawa kelak yang membebaskan mereka dari tembok yang kukuh dibina Dzulqarnain adalah kalimat ‘Insya Allah’.
Sebuah kalimat yang sering kita salah ertikan tetapi orang yang paling mulia disisiNya, yang telah diampuni dosanya baik yang telah lalu dan yang akan datang pun ditegur oleh Allah SWT kerana lupa mengucapkan “Insyaa Allah”. Ada rahsia besar apa di sebalik kalimat Insya Allah?
Jika kaum perosak sekelas ya’juj dan ma’juj saja boleh berjaya walaupun tanpa sengaja mengucapkan Insya Allah, bagaimana halnya dengan kita. Apatah lagi jika disertai dengan kesedaran dan penuh kepastian mengucapkannya. Yakinlah, janji Allah SWT selalu benar, Dia-lah sebaik-baik penepat janji.
Diriwayatkan oleh Imam Ahmad dari Ibnu Harmalah dari bibinya berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Kamu mengatakan tidak ada permusuhan, padahal kamu sentiasa memerangi musuh, sehingga datanglah Ya’juj dan Ma’juj; yang lebar jidatnya, sipit matanya, menyala (merah) rambutnya, mereka turun dengan cepat dari seluruh tempat yang tinggi, wajahnya seperti martil. “
“Mereka (Ya’juj & Ma’juj) berusaha untuk keluar dengan pelbagai cara, hingga sampai saat matahari akan terbenam mereka telah dapat membuat sebuah lobang kecil untuk keluar. Lalu pemimpinnya berkata, ‘Esok kita teruskan kembali kerja kita dan esok kita pasti boleh keluar dari sini. “
“Namun keesokkan harinya lubang kecil itu sudah tertutup kembali seperti sedia kala atas kehendak Allah. Mereka pun bingung tetapi mereka bekerja semula untuk membuat lubang untuk keluar. Demikian kejadian tersebut terjadi berulang-ulang.”
“Hingga kelak menjelang Kiamat, di akhir petang setelah membuat lubang kecil pemimpin mereka tanpa sengaja berkata,” Insya Allah, esok kita teruskan kembali kerja kita dan esok kita boleh keluar dari sini. “
“Maka keesokan paginya lubang kecil itu ternyata masih tetap ada, kemudian terbukalah dinding tersebut sekaligus kegaibannya dari penglihatan masyarakat luar sebelumnya.”
“Dan golongan Ya’juj dan Ma’juj yang selama ribuan tahun terkurung telah berkembang pesat jumlahnya akan turun bagaikan air bah memuaskan nafsu makan dan minumnya di segala tempat yang dapat mereka jangkau di bumi.”
– terjemahan dari smaartnewz.info
nuffnang_bid = “f3581617488bcb73bc0474c16c1a9f2f”;