JERING (Archidendron jiringa) adalah sejenis tumbuhan jenis ulaman atau herba yang terdapat di Malaysia dan beberapa negara Asia Tenggara seperti di Indonesia, Filippina,Thailand adalah dari keluarga Leguminocae. Di Indonesia ia dikenali dengan nama Djengkol (Jawa) dan dimakan sebagai Ulam dengan nasi dan sambal. Nama lain jering adalah seperti tangyin ; tanyeng-pen (Myanmar), niang ; niang-nok ; chaniang (Thailand) dan jingkol ; jringkol ; jengkol (Indonesia). Saya mempunyai pengalaman dalam menanam, menjaga, memetik hasil dan memakan buah jering semenjak kecil lagi kerana di sekeliling rumah saya di Muar ada sebanyak lebih 10 pokok jering. Jering dipercayai adalah native atau berasal dari Malaysia dan Indonesia serta ditanam di Thailand, Bangladesh dan Myanmar. Daripada pembacaan dan kajian saya dari sumber Jabatan Pertanian ada melaporkan anggaran keluasan tanaman Jering 2010 seluas 35 hektar dengan pengeluaran hasil sebanyak 225 metrik. Anggaran nilai pengeluaran jering di Malaysia sekitar RM 698,000 sebagai jering segar. Penanaman jering seperti juga pokok petai hanya ditanam secara bercampur dengan pokok buah-buahan lain disekitar rumah atau kebun. Belum ada catatan rasmi mengenai kebun jering yang ditanam secara ‘monocrop’ dikawasan yang luas. Kajian saintifik di makmal menunjukkan setiap 100 gram jering mengandungi air (93 g), Protin (3.5 g), Lemak (0.1 g), Karbohiderat (1.7 g), Kalsium (21 mg), Posforus (25 mg), Fe (0.7 mg), Vitamnin A (240 IU), Vitamin B (0.1 mg), Vitamin C (12 mg) dan tenaga sebanyak 92 kJ (Rujukkan: Buku PROSEA : Vegetable production for ASEAN country – 1994). Jering juga bahan yang mengandungi asid amino yang tinggi dan bahan cysteine. Biji jering yang masak mengandungi kanji sebanyak 70%. Purata berat biji jering adalah 15 gram sebiji. Artikel dalam ‘Anim Agro Technology’ kali ini saya menulis berkaitan teknologi tanaman ulaman atau kategori atau pun rempahratus iaitu jering sebagai tanaman ulaman yang popular di Malaysia dan Indonesia berdasarkan pembacaan, pengalaman selama lebih 35 tahun dalam sektor pertanian dan penelitian oleh penulis sendiri.
Pokok jering adalah jenis rimbun yang mempunyai banyak dahan dan mampu mencapai ketinggian sehingga antara 15-20 meter. Daunnya berwarna hijau dengan daun muda biasanya berwarna coklat gelap. Batang pokok berkayu keras tetapi dahannya mudah sekah terutama apabila banyak daun. Buah jering berwarna coklat hitam bertangkai dengan sebanyak 5-20 biji setiap tangkai. Tangkai jering agak liat untuk di leraikan dari pucuk dan jadilah peribahasa “Tangkai Jering”. Buah yang masak terlalu tua tidak dituai akan kering dan gugur ketanah. Kadang-kadang biji yang kering ini akan tumbuh sebagai anak benih. Jering apabila dimakan akan mengeluarkan rasa kelatdan bau yang kuat pada mulut dan air kencing. Ramai orang muda dan penduduk bandar tidak menggemari jering kerana bau tersebut. Menanam jering sebenarnya mudah dilakukan dikawasan tanah atau dusun buah-buahan. Anda boleh membaca teknologi penanaman jering dalam penulisan saya yang lain (Sila klik disini) dan (Sila klik disini). Pokok jering masih kurang ditanam secara komersil seperti pokak ulaman lain kerana mungkin faktur kesukaran untuk dipasarkan berbanding dengan tanaman ekonomi yang lain.
TESTIMONI 2:
Jering ubat DARAH TINGGI
TESTIMONI 2:
Rezeki semusim jering
Oleh Zuhayati yazid
KUALA TERENGGANU 29 Okt. – Jering bagi penduduk negara ini adalah salah satu ulam popular dalam hidangan nasi. Bagaimanapun bagi masyarakat di Terengganu, jering bukan sekadar ulam untuk dicicah dengan sambal belacan, malah ia dijadikan makanan ringan ketika waktu santai atau ketika kenduri-kendara. Mungkin bagi sesetengah orang tidak boleh membayangkan bagaimana jering yang rasanya pedar itu dijadikan makanan ringan. Menurut warga emas, Ali Umar, 76, jering yang dijadikan makanan ringan direbus terlebih dahulu dan kemudiannya dihidang dengan kelapa parut. Dia yang merupakan peniaga jering rebus sterusnya juga memberitahu, makanan itu amat popular di kalangan masyarakat di sini sehingga mendatangkan ‘rezeki semusim’ kepada peniaga dan peraih. Ini kerana jelasnya, penjualan jering rebus hanya dijalankan untuk tempoh tiga bulan dalam setahun iaitu ketika musimnya berbuah. ”Biasanya dari akhir bulan September hingga Disember, saya akan berniaga jering rebus,” katanya ketika ditemui di gerainya di Kampung Kemunting di sini hari ini. Ali berkata, jering rebus bersama kelapa parut dijual RM2.00 sekilogram bagi satu gelas plastik. Menurutnya, dia mampu memperoleh RM700 hingga RM900 sehari hasil jualan jering rebus. Katanya, sepanjang tiga bulan itu, dia dan tujuh pekerjanya akan bermalam di gerai tersebut untuk menyediakan jering rebus. Dia memberitahu, mereka akan mengopek buah jering pada sebelah malam secara bersama-sama sebelum direbus untuk jualan keesokan harinya. Katanya, jering tersebut hendaklah direbus selama 12 jam bagi menjadikannya betul-betul empuk dan sedap dimakan. Ali yang berniaga jering rebus sejak tujuh tahun yang lalu memperoleh bekalan jering dari sekitar negeri ini. ”Bila musim jering berbuah, pembekal akan menghubungi saya dan saya akan pajak sebatang pokok jering untuk bekalan sepanjang ia berbuah,” katanya yang merebus hampir tujuh periuk jering sehari.
Semuga rencana ini memberi info berguna kepada pembaca blog anim agro technology. Wasallam!!!…
BUAH JERING … HITAM WARNANYA…
Kemaskini pada 21 Jun 2017.




