TANAMAN KEKABU (Ceiba pentandra) kini semakin kurang dikenali atau difahami kgunaannya oleh generasi baru. Pokok kekabu merupakan sejenis tumbuhan yang dipandang sepi oleh rakyat Malaysia kerana ia selalunya tumbuh liar dan ‘tidak dipedulikan’. Pokok kekabu atau nama lain di Indonesia dalam bahasa Jawa sebagai pokok KAPOK adalah sejenis tumbuhan liar dimana penulis blog juga dapati kebanyakannya hidup secara tumbuh sendiri di beberapa kawasan di negara kita beberapa buah negara tropika dan Asia Tenggara yang lain. Pokok kekabu yang dari keluarga Malvaceae ini tumbuh menegak ini hidup sendiri tanpa perlu ada penjagaan seperti tanaman lain iaitu tumbuh di beberapa kawasan tropika lain di dunia dan kurang diambil perhatian serius. Penulis blog juga ada menjangka iaitu kemungkinan generasi muda kini kurang mengenali tumbuhan pokok kekabu ini kerana kegunaannya yang semakin berkurangan dalam kehidupan harian namun masih ada memilih cara tradisional ini untuk dikutip hasilnya. Pokok ini mampu tumbuh tinggi sehingga 60 – 70 meter daripada paras tanah dengan saiz ukurlilit batang mencecah maksima 3 meter didalam hutan. Pada batangnya sering keluar duri besar dan ianya akan hilang apabila duri tersebut gugur apabila pokok semakin dewasa. Pokok kekabu juga mempunyai jenis daun iaitu ‘palmate’ dengan ada 5-9 helai daun dalam satu tangkai. Daunnya berwarna hijau berukuran sekitar 20 cm panjang. Ia juga ada menghasilkan buah lengai yang berbentuk selinder lonjong panjang dan berwarna hijau semasa muda. Buahnya keluar dengan banyak setiap pokok dimana apabila matang buahnya mengandungi bahan seperti kapas lembut (Fiber) berwarna putih kekuningan dan banyak biji kecil berwarna hitam. Fiber lembut ini sebenarnya mengandungi bahan Lignin dan Selulos. Buah yang masak sama ada gugur sendiri atau dipetik boleh digunakan untuk pelbagai tujuan. Fiber seperti kapas ini yang dikutip dan dijadikan bahan asas untuk membuat Tilam, Barang Mainan, Bantal Kekabu, Lapis cushion, Bantal Golek atau Bantal Kapok. Pokok Kekabu juga lazimnya amat jarang ditanam petani secara monokrop seperti tanaman lain kerana ia dikatakan tidak ekonomik dan mengambil ruang yang banyak untuk tumbuh. Bagaimana pun pokok kekabu yang tubuh sendiri didalam kebun yang lazimnya bilamana biji benihnya yang dibawa oleh haiwan atau bawaan angin dan air tumbuh sendiri. Artikel subuh ini saya menulis dalam “Anim Agro Technology” mengenai tumbuhan kekabu yang mudah ditanam dan tumbuh sendiri dimana hasilnya boleh dijadikan bantal kekabu, tilam kekabu dan sebagainya.
Terdapat laporan media bertajuk ”Kini jutawan produk kekabu’‘ dengan hanya menjual tilam, bantal, selimut, cadar daripada kekabu. Berita dari Pulau Pinang ini mempaparkan diman En Hazizi Rashid sebagai usahawan kekabu berjaya bimbingan RISDA di Permatang Pauh, Pulau Pinang (Sila lihat foto disebelah). Dakwa beliau demi tekad mempertahankan perniagaan yang diasaskan keluarganya sejak 1983, Hazizi Rashid tidak lokek untuk melabur hampir RM10 juta bagi memulakan syarikat R.Ulong Sdn. Bhd. Beliau berusia 38 tahun percaya biarpun perniagaan peralatan rumah ber�asaskan kekabu seperti tilam, bantal, selimut dan cadar itu ada yang mengganggap tidak menguntungkan beliau berjaya membuktikan perkara sebaliknya. Ini kerana sejak ditubuhkan pada 2007, syarikat itu berjaya mencatatkan keuntungan sehingga RM3 juta setahun dengan proses pengeluaran dibuat di kilang yang serba canggih di Kawasan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) Kubang Menerong dekat Tasek Gelugor. Perniagaan ini adalah wa�risan keluarga yang bermula sejak 1983 di Pokok Tampang dekat Tasek Gelogor dan mampu bertahan lama sebelum saya me�ngorak langkah membuka syarikat R.Ulong Sdn. Bhd. Kini siapa sangka produk ke�kabu keluaran syarikat tempatan mampu memecah pasaran luar negara termasuk di Thailand, Indonesia, Vietnam dan Kemboja dimana selain 70 peratus pasaran tempatan. Beliau ditemui selepas menerima Anugerah Usahawan Unggul pada Karnival Usahawan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) peringkat negeri Pulau Pinang. Potensi produk kekabu amat tinggi terutama untuk pasaran tempatan menyebabkan dia terpaksa membawa masuk bahan mentah dari Indonesia kerana keluaran kekabu dalam negara tidak mencukupi memenuhi permintaan. Pelanggan juga terpaksa mengeluarkan kos logistik yang tinggi sekiranya ingin membeli produk kekabu siap dari luar negara, sekali gus keluaran syarikatnya menjadi pilihan. Syarikat juga mampu mengeksport produk ke luar negara kerana syarikat ini satu-satunya kilang IKS yang mendapat pengecualian cukai duti import. Sekarang terdapat 20 outlet yang menjual produk kami di pasar raya besar seluruh negara, selain hampir 60 pemborong.
PKOK KEKABU… JARANG DIJUMPA…
POKOK TINGGI… IA BERBUAH PULA…
KEKABU DIKUTIP… PELBAGAI GUNA…
ADA DILAPOR… DALAM MEDIA JUGA…
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 724, Citadines Hotel and Apartment,
Cyberjaya, Selangor,
Malaysia.
(2 JamadilAwal 1440H).







