Paparan berikut Pak Lang ambil dari Blog cerobohlagi oleh Blogger Dayan Dayak. SILA KLIK. Menariknya paparannya kali ini ialah bercerita mengenai pengalamannya sendiri. Bacalah!! Nanti anak cucu semua akan faham!
Gini ceritanya:
Lepas aku post cerita2 mengenai Ummu Jah yang ditangkap di Makkah tu, aku tutup pc dan berehat la atas kerusi panjang di rumah aku. Sambil baring2, angan2, letak tangan atas kepala, maka aku pun seolah-olah terlelap.
Dan, masa inilah ‘AKU TERBANGUN’ dan terus DIDUDUKKAN. Dan di sebelah aku adalah AxxxA. Dia siap senyum kat aku. Aku ingat dia akan marah kat aku pasal aku tulis kisah Ummu Jah ditangkap di Makkah. Tapi dia hanya pandang aku dan senyum. Aku kenal sangat orang ni. Wajah dia bersih, baunya harum.
Dia kata “antum usah bimbang, usah takut. Jika dah takdir Allah, maka akan berlaku juga”. Sebenarnya aku pun tak faham apa maksudnya. Aku diam saja, terpinga-pinga. Dia terus kata lagi “xxxxxxxxxxxxxxxxxx xxxxxxxxx xxxxxxxxxxxxxx xxxxx” (yang dia kata nih tak sesuai la aku nak cerita kat korang, sebab bagi aku ini antara aku dan dia dan dia dengan Ummu Jah dan dia dengan anak cucu dia). Yang aku ingat ayat last dia kata pada aku ialah”pejuang2 yang haq akan bangkit. Bantu lah mereka dan tolong selamatkan mereka”.
Itu yang aku ingat. Tapi bantu siapa? Nak suruh aku selamatkan siapa? Adoi..aku sendiri pun miskin serba serbi nih, terutama dari segi agama. Tak kan nak suruh aku pergi selamatkan Ummu Jah dan jemaah2nya yang ditangkap di Arab Saudi tu? Mana la aku tau, mana la aku ada duit nak beli tiket kapal terbang, nak belanja di sana. Bukan aku takut nak pergi sana, tapi tak ada modal macam mana?
Jadi macam mana aku nak tolong? Ada satu cara saja kalau macam tu. Apa? Aku hanya boleh bagi cadangan dan buat seruan:
BAGI KORANG YANG ADA DUIT TAK KIRA KORANG DI MALAYSIA, INDONESIA, SINGAPURA, BRUNEI, JORDAN, MESIR, THAILAND, CHINA, LONDON DAN DI SELURUH DUNIA, AKU DENGAN INI MENYERU KORANG PERGI KE MAKKAH UNTUK MELAWAT DAN MEMBERI BANTUAN KEPADA UMMU JAH DAN JEMAAHNYA YANG DITAHAN, SUPAYA MEREKA DAPAT DISELAMATKAN. INSYA-ALLAH KALAU AKU ADA KEMAMPUAN AKU AKAN KE SANA UNTUK BERJUMPA UMMU JAH DAN ANAK2 CUCUNYA DAN JEMAAHNYA UNTUK SAMPAIKAN AMANAT YANG AKU TERIMA DALAM MIMPI AKU TU….
Kemudian aku terjaga dengan sebenar-benarnya. Aku rasa tapak kaki aku panas dan tapak tangan berpeluh dan aku teringat mimpi aku tu. Mula lah aku seram, sejuk, bulu roma meremang. Tapi yang peliknya, sebelah aku tu masih ada bau wangi. Korang nak tau apa berlaku? Melompat la aku, apa lagi masa tu aku kat rumah sorang2.
Dari Ummu Jah untuk saudara rempit (pangilan mesra). Sebagai menjawab tulisan saudara di dalam blog saudara yang mengatakan bahawa siapa yang membaca tolonglah saudara untuk diberi faham. Maka Ummu Jah mwakili GISB ingin memberi reaksi kepada tulisan saudara. Pertamanya ucapan terima kasih kerana sudi membela GISB. Untuk pengetahuan saudara, keberadaan GISB di Makkah dan Madinah adalah kerana cintakan Nabi.