Kalau tak silap Khalis, Cik Teddy aka Budak kecik ni dah 2 kali Khalis review.. tapi sbb blog dia best ada pengisian dan berbeza dari gadis-gadis lain, Khalis suka bebeno dengan blog cikteddycorner ni.
Ini header dia, ringkas,, hanyalah menggambarkan buku sahaja, kalau sebelum ni rasanya headernya lebih meriah..Mungkin buku membawa makna ilmu bermakna untuk dikongsi bersama. Cik Teddy ni memang blogger yang agak aktif, dan segala yang dia share tidakla lagho cam entry Khalis..huuu..
| http://cikteddycorner.blogspot.com |
Artikel pilihan Khalis ialah mengenai anak patung.. seperti mana yang telah dikongsi..
Ketika ia berkata kepada bapanya dan kaumnya:“Apakah hakikatnya patung-patung ini yang kamu bersungguh-sungguh memujanya?”
Apabila tidak membabitkan struktur badan sempurna.Ini satu kemudahan untuk kedai menjual pakaian supaya dapat meletakkan patung yang tidak mempunyai anggota badan sempurna untuk tujuan memperagakan pakaian.
Ia bukanlah merujuk kepada manusia dan binatang.Contohnya pokok, sungai dan robot. Ini disebabkan kejadian atau ciptaan seperti ini dibenarkan oleh Nabi SAW seperti yang diriwayatkan oleh Ibn Abbas dalam penjelasannya, yang bermaksud:“Jika anda terpaksa membuat lukisan, maka lukiskan gambar pokok, dan apa yang tidak mempunyai roh…(muttafaq ‘alaihi).
Ia adalah permainan yang dimiliki oleh anak-anak,terutama anak perempuan. Ini berpandukan sebuah hadis riwayat Muslim bahawa isteri Nabi iaitu Aisyah dikahwini baginda pada usia tujuh tahun dan Nabi SAW mula tinggal dengannya pada usia sembilan tahun dalam keadaan beliau masih lagi bermain dengan teman-temannya iaitu anak patung.Jadi kesimpulannya,memiliki patung untuk anak perempuan dan robot yang menjadi koleksi anak lelaki atau golongan dewasa adalah diharuskan.Cuma hendaklah mengelakkan pembaziran.
Aku cuma berkongsi.Jika masih keliru,rujuklah pada ustaz dan golongan yang lebih mengetahui.
Salam Jumaat! SINI <<
Apabila tidak membabitkan struktur badan sempurna.Ini satu kemudahan untuk kedai menjual pakaian supaya dapat meletakkan patung yang tidak mempunyai anggota badan sempurna untuk tujuan memperagakan pakaian.