SELOM (Oenanthe javanica) merupakan sejenis tanaman kaegori ulam-ulaman dari keluarga Umbelliferae yang terdapat di Malaysia. Tanaman ini dipercayai berasal dari kawasan Asia Tenggara tetapi terdapat juga sehingga di Selatan China, Pakistan, Jepun dan juga Taiwan. Nama-nama lain bagi Selom adalah seperti Pennywort (English), Pampung (Jawa), phakan (Thai) dan sebagainya. Kebanyakkan selom digunakan sebagai ulam dan didapati tumbuh dikawasan liar semulajadi dan kenudian ditanam disekeliling kawasan rumah. Artikel kali ini penulis berkongsi maklumat mengenai tanaman selom dari pembacaan buku teknikal, pemerhatian dan kajian mudah (simple study) sebagai orang dalam bidang pertanian selama 30 tahun. Selom di Malaysia ditanam sebagai tanaman sampingan dan tidak ada data rasmi mengenai keluasan , penggunaan atau ekspot di peringkat antarabangsa. Penulis blog telah menganggarkan seluas 15-25 hektar CHE tanaman selom ditanam di Malaysia pada 2016 untuk pasaran tempatan. Pembacaan penulis dari Buku Asean Vegetables oleh PROSEA, Bogor 1994 mendapati kandungan Selom setiap 100 gram adalah 0.16 g protin, 0.4 g lemak, air 91.6 g, 4.4 g serat, 0.51 g Vitamin A, 138 mg Kalsium, 60.5 mg Vitamin C, 0.31 mg Vitamin B dan sebanyak 110 kJ tenaga. Biji selom juga mengandungi 3.5% minyak selom. Selom mempunyai bentuk tumbuhan yang tumbuh menegak (erected) kira-kira 10 cm ketinggian dan ada selom yang tumbuh merayap (jika terlalu tinggi atau varieti lain) dimana ia mempunyai batang yang ‘hollow’ dibahagian tengah atau berlubang ditengahnya. Daunnya berbentuk oblong atau ovate berwarna hijau muda dan lembut. Saiz daun lingkungan 0.5-7 cm x 0.3-3.5 cm. Bahagian daun seom ini yang selalu dipetik bersama batangnya yang lembut untuk dijadikanan makanan sebagai ULAM. Jika selom berbunga lazimnya berbunga lazimnya bunga selom berwarna putih dengan mempunyai tangkai sepanjang 2-5 cm panjang dan ada 5 buah Kelopak (petal). Buah selom adalah dari kategori Scizocarp dengan mana ia bersaiz kecil 2-3mm x 0.5-1 mm. Selom lazimnya tidak mudah dibiakkan dengan biji benih sebaliknya mudah dibiakan dengan keratan batang dan terus ditanam dilokasi sesuai. Penanaman selom merupakan satu aktiviti hobi yang baik untuk penanaman ulaman disekekiling rumah dimana pemiliknya boleh dapatkan ulam yang segar dan selamat dimakan. Artikel subuh ini saya menulis dalam “Anim Agro Technology” mengenai beberapa testimoni mengenai ulam selom dan beberapa testimoni mengenai ulaman untuk menambah ilmu pengetahuan kita.
TESTIMONI 1:
TESTIMONI 2:
Memanfaatkan tumbuhan perubatan
Kesedaran yang meningkat berhubung penjagaan kesihatan mendorong kepada ramai daripada kita cenderung mengambil makanan semula jadi berasaskan tumbuh-tumbuhan. Malah, ada yang mengambil makanan tersebut yang sudah diubah kepada formulasi mudah digunakan seperti pil, kapsul, minuman dan sebagainya. Namun, pengambilan dalam bentuk semula jadi seperti ulam, sayur-sayuran, buah-buahan, herba dan bijirin lebih penting. Ini kerana sebatian aktif dalam makanan semula jadi ini yang dikenali sebagai antioksidan tidak terjejas dengan kerja-kerja pemprosesan. Antioksidan merupakan sebatian semulajadi yang terdapat dalam tumbuhan seperti bijirin, rempah tumbuhan, sayuran dan buah-buahan yang melawan radikal bebas dalam tubuh manusia. Radikal bebas merupakan spesies oksigen reaktif iaitu produk sampingan proses metabolisme fungsi selular dan tindak balas biokimia. Kehadirannya dalam tubuh mengimbangi radikal bebas tersebut tetapi apabila semakin berusia, enzim antioksidan badan semakin berkurangan. Oleh itu adalah penting bagi kita mengambil antioksidan ini daripada sumber semula jadi bagi mengekalkan kesihatan tubuh badan dan membaik pulih kerosakan oksidatif. Usaha untuk memanfaatkan pengetahuan mengenai faedah antioksidan ini digerakkan oleh Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) dengan menjalankan penskrinan terhadap tumbuhan ubatan. Bahan antioksidan ditemui di beberapa tumbuhan ini yang sebelum ini tidak mungkin ramai mengetahui khasiatnya. Tumbuhan tersebut termasuklah petai, terung pipit, jantung pisang, kantan, pakis merah, rebung, ubi kayu, kacang bendi, selasih, ulam raja, jering, kesum, pegaga, daun kari, jering, pucuk gajus, kadok dan mengkudu. Penyelidikan berkaitan telah dipelopori oleh seorang penyelidik FRIM, Dr. Vimala Subramaniam yang bermula pada 1995. Banyak tumbuhan yang dah buat (penyelidikan) termasuk 20 ulam untuk mencari antioksidan dan beberapa lagi. Beliau menjelaskan, apabila kadar metabolisme badan berlaku, antioksidan penting kerana memainkan peranan melindungi badan daripada penyakit degeneratif dan kronik yang melemah badan. “Ini kerana semasa metabolisme, ia menghasilkan radikal bebas yang merosakkakn sel-sel badan. Antioksidan badan pula menyusut sejajar dengan peningkatan usia. Tumbuhan yang melakukan fotosintesis dalam keadaan cahaya matahari akan menghasilkan radikal bebas sebagai bahan sampingan. Tumbuhan ini menghasilkan antioksidan semulajadi untuk menyingkirkan radikal bebas dan apabila kita memakannya, ia akan meningkatkan kandungan bahan tersebut dalam badan. Biasanya tumbuhan hijau paling banyak menghasilkan antioksidan terutama di bahagian daun dan batang. Terdapat juga bahan antioksidan dalam tanaman lain termasuk manggis dan jambu batu yang digunakan untuk menghasilkan kosmetik. Di FRIM kata Vimala ujud hasil penyelidikannya biasa mengenai bahan antioksidan, menunjukkan bahawa terdapat banyak kumpulan bahan tersebut yang berbeza. Kajiannya juga berjaya menghasilkan tujuh ekstrak piawai antioksidan semula jadi dan lima ekstrak piawai pemutih kulit. Tujuh ekstrak piawai itu ialah Kadok (Piper sarmentosum), Beluntas (Plichea indica), Pegaga (Centella asiatica), Kesum (Polygonum minus), Daun Selom (Oenanthe javanica), Ulam Raja (Cosmos caudatus) dan Cemumar (Micromelum pubescens). Selain itu didakwa hasil kajian dimana lima ekstrak piawai itu pula diperoleh daripada Jambu batu (Psidium guajava), Manggis (Garcinia mangostana), Beluntas (Pluchea indica), Gajus (Anacardium occidentale) dan Manjakani (Quercus infectoria). Dengan kejayaan tersebut, FRIM mampu menawarkan ujian untuk industri dan syarikat bagi menilai produk mereka khususnya dalam aktiviti antioksidan. Ini termasuk produk herba, minuman herba buah-buahan, jus, makanan kesihatan, makanan tambahan, ekstrak tumbuhan, tablet, kapsul dan serbuk. Beliau menambah, perubahan persekitaran boleh menjejaskan keberkesanan antioksidan dalam pokok atau tanaman. Oleh itu katanya, pengambilan dalam keadaan semula jadi adalah penting. ”Sebenarnya dalam kajian saya, banyak pokok yang mengandungi antioksidan tetapi kesan-kesan lain seperti seperti toksisiti kena ambil kira kerana ia mendatangkan bahaya,” katanya.
TESTIMONI 3:
ULAM SELOM… AMAT SEGARNYA…
Kemaskini pada 24 Ramadan 1439H.
Posted from Room 1803,
Eastin Hotel, Kuala Lumpur
On 20 July 2018.




