Kolum mingguan baru “MINDA NAIB PRESIDEN PAS” akan memaparkan komen-komen esklusif daripada tiga Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar
Jika saudara mempunyai sebarang soalan yang ingin ditanya kepada ketiga-tiga Naib Presiden PAS, sila hantarkan soalan saudara ke sembangnaibpresidenPAS@gmail.com. Pemilihan soalan pembaca adalah bergantung keistimewaan soalan dan juga budi bicara pengelola kolum ini.

a. Yang paling suka membuat lawak dalam PAS?
TITM: Yang paling memukau hadirin ialah YB Mahfuz lah, mana boleh lawan dengan idea yang bernas dan pandangan politik yang tajam, beliau sangat berjaya mengemukakan idea nak kata muda rambut uban, nak kata tua gaya muda.
SA: Sudah tentu Yang Berhormat Pokok Sena… sebab dia macam hero filem Hindustan… dia pandai….
MO: Yang paling khusyuk mendengar perbahasan ialah YB Salahuddin. Ini pengalaman saya bersama dia dalam pemuda sekian lama. Dia bukan saja tekun mendengar tapi mencatit setiap penghujahan yg diucap oleh pembahas.
TITM: Yang paling khusyuk memang tak lawan YB Salahuddin, dia memang teliti setiap perbahasan, siap buat catatan; dan menjawab dengan penuh confident. Bahkan dalam perbahasan sejak dari Ketua Pemuda lagi, beliau mempunyai bakat yang besar – bakal MB Johor.
SA: Saya rasa ini biasanya ulamak sebab ulamak mesti khusyuk. Jadi Tuan Ibrahim ini ulamak, jadi saya rasa dialah yang paling fokus (masa perbahasan). (Saya perhatikan) Tuan Ibrahim selalu senyum dan selalu pejam mata ketika mendengar perbahasan…
d. Yang nampak paling muda?
TITM: Yang nampak paling muda… kalau YB Mahfuz boleh tukar warna rambut, memang dialah orangnya. Tapi buat masa ni YB Salahuddin memang nampak lebih muda, sebab mak dia lahir lewat sikit berbanding yang lain. Kebetulan Mak Ana dan YB Mahfuz beranak kami awal sikit..
SA: Sudah tentu saya-lah yang paling muda. Saya orang kata macam Jacky Chan… hero filem Hong Kong…
e. Yang paling cerewet dalam memilih makanan?
TITM: Bab makanan ini ana rasa sama saja. Saya jarang jumpa pimpinan PAS yang cerewet bab makanan; jumpa sapu. YB Mahfuz lebih hebat… apabila dia jumpa durian; durian Belanda pun habis…
SA: Sudah pasti YB Pokok Sena, Mahfuz… memang betul dia semua sapu, tapi dia mesti yang paling sedap. Macam contoh makan nasi beriyani, dia kena cari yang paling sedap sekali… termasuklah nasi lemak, nasi goreng masak chempedak , dia mesti cari yang special. Dialah paling cerewet dengan makan…
TITM: YB yang paling digeruni… ana rasa ialah YB Mahfuz dan Salehuddin (kerana mereka) memang hebat (ber)hujah dalam parlimen dan cadangan yang dibuat (serta) idea yang dikemukakan memang sangat mengerunkan BN. Musuh takut kalau kita mempunyai kesatuan dalam tindakan dan fikrah ( Wehdatul fiar dan wehdatul amal) – kita punya kekuatan untuk menumbangkan UMNO/BN.
SA: Pokok Sena juga sebab dia terkenal dengan nyanyian UMNO-APCO, APCO-UMNO, UMNO-APCO, APCO-UMNO… Dia telah mencipta satu irama yang cukup mengerunkan UMNO dan BN di Parlimen.
TITM: Kalau pilihanraya diadakan bulan ini, ana rasa PR boleh buat kejutan. Kita mampu mengekalkan kemenangan di negeri yang telah kita berjaya, dan membuat kejutan di beberapa buah negeri lain.
Sokongan kaum Tionghua memang membanggakan, (tapi) kita perlu tumpu kepada kawasan pengundi Melayu dan India. Dengan pencapaian baik yang ditunjukkan oleh kerajaan kita di negeri yang kita menangi; serta pengiktirafan oleh Ketua Audit negara dan ketelusan yang ditunjukkan; saya yakin PR mampu membuat lonjakan besar.
PAS khususnya seluruh pimpinan mesti menjaga hubungan dengan Allah, tingkatkan keikhlasan dalam perjuangan; dan lakukan yang berbeza dari kebiasaan; kerana kalau kita buat kerja yang sama; kita akan dapat hasil yang sama. Jangan lupa munajat dengan Allah berterusan.
SA: Mesti Pakatan. Saya yakin ialah Pakatan kerana kita mendapati BN sudah menjadi parti yang serba tak kena. Dan BN banyak membuat program-program yang rakyat begitu marah sekarang.
Saya rasa kita akan bekerja lebih kuat dan kita akan menggunakan muktamar yang akan datang ini sebagai pentas melonjakkan sokongan kita untuk kita terus bergerak maju dan mengambil inisiatif “to win the heart and the mind of the people” untuk membawa sokongan kepada Pakatan Rakyat.
Untuk Sarawak, kita akan bekerja kuat dan menubuhkan pasukan kita secepat mungkin kerana kita yakin pilihanraya Sarawak akan diadakan tidak lama lagi. Begitu juga dengan Sabah, kita akan fokus beberapa tempat untuk kita bertanding.
Saya ingat satu hari kalau kata hilang sifat melompat pun orang akan kata ini umno/bn punya kerja… Begitulah tahap kebencian rakyat pada Umno/BN.
Persoalannya sekarang ialah macam mana PAS dan PR boleh memberikan keyakinan kepada rakyat untuk memindahkan kemarahan dan kebencian mereka kedalam peti undi dengan mengundi PAS dan rakan-rakan lain dalam PR.