DAUN SIREH (Piper betle) merupakan sejenis tumbuhan herba dari keluarga PIPERCEAE yang tumbuh dan natif dari negara kita. Daun Sireh merupakan sejenis daun tumbuhan yang digunakan oleh masyarakat Melayu di negara kita dalam beberapa adat istiadat seperti majlis perkahwinan, perubatan tradisional dan juga sebagai daun pelbagai guna membantu kesihatan manusia. Daun Sireh juga merupakan satu komponen penting dalam aktiviti makan daun sireh bersama buah pinang, gambir serta kapor oleh nenek moyang kita dulu. Masyarakat India menggunakan daun sireh dalam banyak acara keagamaannya di Malaysia. Nama beberapa jenis daun sireh adalah seperti Sirih Tempatan, Sireh Jawa, Sireh Belanda, Sireh Hitam dan Sireh Cengkih. Pokok sireh dipercayai berasal dari Malaysia walau pun terdapat juga di Sri Lanka, Indonesia, Thailand dan saya lihat banyak di Myanmar. Sireh juga dipanggil Ikmo (Filipina), Trau (Vietnam), Pu (Laos), Paan (Hindu) dan Plu’ (Thailand). Orang lelaki Myanmar memakan sireh dengan kapor sebagai satu kemestian apabila daun ini bersama kapor dijual di merata penjuru semua pekan di negara tersebut semasa saya melawat Myanmar pada 2009. Walau pun penanaman pokok sireh dijalankan secara kecil-kecilan dibelakang rumah tetapi ada beberapa petani yang telah cuba menananya secara monokrop dan komersil terutama petani daripada kaum India. Penulis blog ada menebual beberapa petani yang menanam sireh secara komersil di Johor Bahru, Seremban dan Ipoh untuk pasaran domestik dan ada sedikit dieksport ke Singapura. Daun sireh didapati sering digunakan oleh kaum India sebagai satu daripada bahan ritual. Artikel kali ini saya menulis dalam “Anim Agro Technology” mengenai khasiat pada sireh untuk tujuan bacaan umum bagi semua.
Khasiat ke 9 dimana kepada mereka yang ada masaalah sakit kepala akibat faktur slam sekitar, pemikiran atau semuolajadi, jangan risau kerana daun sireh didapati dapat menghilangkan sakit kepala, menghilangkan gatal dan kelemumur. Caranya mudah sahaja iaitu dengan ambil sedikit daun sireh segar dan kunyah dalam mulut. bagi mebghilangkan kelumumur , lumatkan daun sireh dan jadikan shampoo pada rambut basah sehingga ia hilang. Khasiat ke 10 dimana kepada mereka yang ingin menjadi cantik, daun sireh mungkin jalan penyelesaiannya yang murah dan berkesan. Ini kerana dipercayai daun sireh dapat digunakan untuk kecantikkan seperti menghilangkan parut jerawat, jeragat, menegangkan kulit, mencerahkan kulit, melembabkan kulit, melebatkan bulu kening dan digunakan sebagai masker. Kini penulisan disambung untuk menreangkan khasiat daun sireh ke 11 iaitu daun sireh dimana kepada mereka ahli sukan atau mereka sering menghadapi masaalah terseliuh, daun siren boleh dijadikan bahan pembalut untuk tangan terseliuh atau patah dengan letakkan daun sireh yang dilayur dan diletakkan pada tangan atau kaki dan balut dengan kain pembalut (Bandage). Amalkan sehingga rasa sakit berkurangan atau sembuh… jika berterusan juga…jumpa doktor atau tukang urut!. Seterusnya ke 12 khasiatnya adalah dimana daun sireh juga saya ada menerima info dari tukang urut di Muar yang katanya ia mampu untuk merawat penyakit sendi dan bisa-bisa tulang. Caranya juga sama dengan menggunakan daun sien segar dan dihancurkan serta disapu atau tampal kepada sendi yang sakit sebelum diikat. Ulangi sehingga sendi yang sakit menjadi sembuh. Akhir sekali ke 13 adalah apabila bagi mereka yang bermasaalah penyakit resdung, anda boleh gunakan daun sireh untuk merawatnya. ini kerana daun ini boleh digunakan untuk merawat pelbagai jenis penyakit resdung, penyakit malaria dan sakit mata. MUDAH DITANAM…DIKELILING KITA…
SUDAH BACA… BANYAK ILMUNYA..
SUDAH AMALKAN…SIHAT SEJAHTERA…
M Anem
Kg Parit Bengkok,
Gersik, Ledang,
Johor, Malaysia.
(20 JamadilAkhir 1434H)



