Kawasan tumpuan penanaman kelapa adalah dikawasan persisir pantai atau pun kawasan tanah pamah yang berhampiran dengan laut. Kawasan tanah liat atau tanah berpasir sesuai ditanam dengan pokok kelapa yang juga sejenis tanaman yang lasak dan mudah diselenggara. Hampir 65-70% penanam kelapa di Thailand adalah pekebun kecil dengan saiz pemilikan tanah 2.5 hektar iaitu dikawasan persisir pantai dimana ia kebanyakannya adalah tanah rendah. Peringkat pertama didalam penyediaan tanah adalah membersihkan kebun dari semua jenis tanaman dan semak diatasnya. Kemudian digali parit utama merentasi ladang yang luas dan dibina parit tertiary atau parit racik dengan menggunakan jentera. Akhir sekali batas akan dinaikkan apabila ianya dibina dengan ada air disekelling batas penanaman (Sila lihat foto disebelah). Kaedah ini amat praktikal untuk tujuan penanaman kelapa diatas bekas tanah sawah, tanah bermasaalah seperti lanar laut asid sulfat dan juga kawasan tanah berpaya. Teknologi ini memerlukan pengendali jentera yang mahir untuk membinanya kerana ia amat tepat dengan ukuran batas yang kedalaman. lebar dan panjangnya seragam. Penanaman kelapa dan penutup bumi atau tanaman makanan lain boleh dilakukan diatas batas sementara air yang berada disekeliling batas akan dijadikan ternakan akuakultur.
Apabila kerja penyediaan tanah ini diselesaikan, pengusaha akan terus menyediakan anakbenih kelapa wangi atau kelapa pandan yang sesuai untuk ditanam. Kekalkan paras air didalam parit antara batas untuk melembapkan anak benih yang akan ditanam kelak. Benih yang disahkan dibeli daripada stesyen pertanian atau daripada pembekal benih kelapa wangi yang telah disahkan. Benih kelapa pandan ini seakan sama dengan benih anak pokok kelapa Malayan Green Dwarf (MGD) yang lain. Penanaman anakbenih kelapa iini dilakukan dengan jarak 4 – 6 meter diantara barisan diman ditanam satu baris sahaja diatas batas tanaman (Sila lihat foto disebelah). Pembajaan asas diberikan pada setiap lubang penanaman dan apa yang penting diberikan sekurang-kurangnya baja organik seperti tahi ayam. Dilaporkan penggunaan baja Chitosan (baja berasaskan hidupan laut seperti Ketam, udang dan tulang ikan yang diproses) banyak memberi kesan aromatik kepada air kelapa dan kemanisannya. Aktiviti agronomi seperti kawalan rumpai, serangga dan penyakit mesti dilakukan dari sejak anakbenih ditanam sehingga pokok matang dan mula mengeluarkan hasil sekitar 3.5 tahun selepas ditanam.
Jarak penanaman yang lazim diamalkan untuk menanam kelapa pandan dan kelapa manis ini adalah 6 meter x 6 meter yang memberikan kepadatan sebanyak 270 pokok sehektar. Bagaimana pun dikawasan utama penanaman kelap wangi ini petani di Thailand akan membuat tanaman selingan seperti tanaman tembikai, pelbgai jenis buah-buahan dan sayur-sayuran dan juga menterikan ikan air tawar didalam parit diantara barisan pokok (Sila lihat foto disebelah). Pokok yang dijaga baik akan mula berbunga sekitar 3 – 3.5 tahun selepas ditanam denga menghasilkan beberapa mayang dan akan berterusan setiap bulan satu mayang. Selepas proses pendebungaan berlaku maka buah kelapa pandan akan terbentuk dengan jumlah diantara 8 – 16 biji setandan (peringkat awal) bergantung kepada amalan agronomi dan umur pokok kelapa tersebut. Bagaimana pun ada dakwaan dimana jumlah buah setandan mencecah sehingga lebih dari 40 biji setandan dibeberapa kawasan tanaman tertentu. Berganung kepada kepakaran petani, buah kelapa yang dipetik muda untuk dijual dipasaran dipetik pada umur 7 – 9 bulan. Lazimnya buah kelapa pandan tua akan matang dan gugur selepas 12 bulan dipokok. Buah tua ini akan dijadikan benih setelah melalui berbagai proses pemerikasaan. Buah tua ini juga akan dikumpulkan dan air serta isinya yang ada aroma ini akan diproses kepada pelbagai produk berasaskan kelapa.
Buah Kelapa Pandan ini memerlukan penjagaan khusus semasa peringkat penanamannya. Penanaman kelapa hibrid aromatik ini semestinya terasing daripada ladang kelapa jenis lain (sama ada dari jeni Kelapa Tinggi (Tall variety) ahu pun dari kelapa renek lain (Dwarf variety). Ini adalah disebabkan pokok kelapa biasanya melakukan proses pendebungaan sendiri atau pendebungaan silang (cross pollination) melalui agen pendebungaan seperi agin, lebah madu, kelulut, lalat dan sebgainya dimana jika belaku akan menurunkan kualiti buah kelapa wagi kelak. Oleh itu lazimnya pokok kelapa lain tidak akan dibenarkan berada dikawasan berhampiran tanaman kelapa pandan ini sekurang-kurangnya pun sejauh lebih 5 kilometer. Buah yang sesuai dopetik ini perlu dipetik dan dibawa turun dengan cara yang berhati-hati. Bagi pokok kelapa yang masih rendah mereka akan menggunakan tangga (sekerang dengan tangga aluminium) dan memotong tandan buah dan membawanya turun. Bagi pokok kelapa pandan yang sudah agak tinggi maka tandan buah akan dipotong dan diikat dengan talu kemudian diturunkan dengan berhati-hati. Ini kerana buah kelapa pandan muda jika jatuh ketanah akan menyebabkan sbahagian akan pecah atau rosak dimana ia akan merugikan petani. Memang agak sukar kepada yang kali pertama bagaimana teknologi menuai kelapa muda pandan ini dilakukan. Hanya pekerja dan petani mahir sahaja yang mampu melakukannya dengan baik. Kelapa Pandan ini akan dikumpulkan mengikut saiz dan tahap kecacatan sebelum dihanar ke pusat pengumpulan hasil. Ia dimasukkan kedalam bakul aau bekas khas dan dibersihkan dari segala kekotoran. Ada juga buah kelapa pandan ini yang dibuang kulit hijaunya dengan pisau tajam menjadikan ia menjadi sebiji kelapa pandan berwarna putih krim dan dibalut dengan lapisan plastik sebelum disejukkan dan dihantar ke hotel-hotel dan lokasi pasaran lain. Penanaman kelapa pandan di Thailand merupakan satu program yang ama berjaya dan diiktiraf diperingkat dunia. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca anim agro technology kali ini. Wasallam!!… Jam 4.10 pagi Ahad.
DITANAM LUAS… BEBERAPA LOKASI SAJA…
TEKNOLOGI TANAMAN…BENIH DIKAWALNYA…
PASARAN DOMESTIK…ESKPORT MERATA…
AIRNYA WANGI…BANYAK DIHANTAR CHINA…
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Persimpangan Bukit Beruang,
Bandaraya Melaka Bersejarah,
Melaka, Malaysia.
(17 Ramadan 1440H).






