Ni resepi masak-masak malam kelmarin sebelum deco kek kat bawah tu..hehe..malam tadi tak masak sebab hubby belanja makan2 la sempena anniversary, lagi pun hidung ni x sihat laa..kena selsema pulak..hilang selera nak makan n nak masak pun… Jadi gi Pizza Hut je..ikut tekak anak2..Xpa la ya..layan menu dah lepas ni…Resepi dari Tulip77@MYR tu..Bahan:-
-
3 keping isi ayam – potong saiz kecil2..Ummi guna je semua part ayam tu..
-
3 sb. gula
-
2 sb. minyak masak
-
3 sb. sos ikan
-
3 batang serai – diketuk
-
1 sb. cuka
-
1 sb. sos tiram
-
1 biji bawang besar – dipotong dadu
-
cili merah dan cili hijau – dipotong menyerong
Cara Memasak:-
-
Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan gula dan biarkan sebentar hingga gula bertukar warna agak gelap.
-
Masukkan ayam dan bawang.
-
Lepas 5 minit, masukkan serai dan lada. Perlahankan api.
-
Masukkan bahan-bahan lain dan gaul biar sekata. Jika kering masukkan sedikit air.
-
Rasa dan adjust apa-apa yang terkurang. Hidang panas2 dengan nasi putih.