Baja Cecair Hijau

Pembuatan baja cecair organik hijau menggunakan sisa kebun seperti daun kangkung, daun ubi keledek, daun ubi kayu, daun serai dan sebagainya yang direndam untuk mendapatkan / mengeluarkan nutrien2 daripada bahan2 hijau tersebut. Boleh dipotong kecil2 untuk mempercepatkan proses

Baja Dari Daun Ceri

Kalau daun hijau dapat dijadikan teh ceri, daun ceri tua yg berwarna kuning pula dapat dijadikan baja tumbuhan, sayuran dan sebagainya. Struktur daun ceri yang lembut dapat menjadi kompos atau hancur dalam masa singkat. 29.3.17 : daun ceri tua yang berwarna kuning amat senang mereput dan sesuai untuk menyuburkan tanah selain sebagai sungkupan. 2.4.17 : … Read more

D.I.Y : NutriPot Ringkas dan Praktikal

Kemaskini 11.2.17 NR bersaiz 1 gelen seperti dibawah tidak sesuai untuk tanaman cili, terung, bendi, tomato, kekacang dan sebagainya kerana faktor kapasiti media tanam dan takungan air yang sedikit. Penggunaan bekas tanaman bersaiz 2 gelen ke atas lebih praktikal kerana lebih berat serta takung air lebih banyak. Pokok yang sedang membesar memerlukan air yang banyak … Read more

D.I.Y : NutriPot Ringkas dan Mampu Milik

Matlamat asas berkebun di halaman rumah adalah untuk menjimatkan kos dapur. Dalam masa yang sama pertanian bandar atau kebun bandar mestilah menjimatkan masa, memudahkan kerja pengurusan tanaman dan mendapat pulangan yang setimpal. Satu masalah ketara penanaman sayuran secara hobi atau kecil-kecilan adalah penyiraman. Sebagaimana diketahui, sayuran memerlukan sokongan penyiraman kerana morfologi akar sayuran yang pendek … Read more

D.I.Y : Siraman dan Pembajaan Automatik kaedah Botol Titis

Kaedah penyiraman atau pembajaan automatik menggunakan botol plastik kitar semula amat praktikal untuk menjimatkan masa menyiram. Caranya amat mudah dimana bahagian bawah botol dipotong tetapi tidak sepenuhnya. Ini akan bertindak sebagai penutup mengelakkan nyamuk membiak. Bahagian penutup boleh dilubangi dengan paku atau pun hanya menggunakan penutup botol sebagai pelaras titisan air. Botol ini diikatkan kepada … Read more