Kemaskini 11.2.17
NR bersaiz 1 gelen seperti dibawah tidak sesuai untuk tanaman cili, terung, bendi, tomato, kekacang dan sebagainya kerana faktor kapasiti media tanam dan takungan air yang sedikit.
Penggunaan bekas tanaman bersaiz 2 gelen ke atas lebih praktikal kerana lebih berat serta takung air lebih banyak. Pokok yang sedang membesar memerlukan air yang banyak untuk tidak mengganggu proses berbunga dan berbuah.
————————————————————–
Di sebabkan terdapatnya baldi murah di kedai RM2, maka projek NutriPot Ringkas telah ditambah baik seperti berikut :
![]() |
| Polibeg telah digantikan dengan baldi sebagai tempat tanaman, sumbu dipasang dan juga dibuat lubang kecil untuk air turun ke takung |
![]() |
| Sumbu dijulurkan kebawah baldi tempat tanaman dan panjang sumbu boleh mencecah dasar baldi takung |
![]() |
| Lubang kecil untuk air lebihan keluar dibuat pada baldi yang bertindak sebagai takung air |
![]() |
||
| 3 pokok cili dan 1 pokok terung dipindahkan ke NutriPot Ringkas ini dan disiram air baja ( baja biji yang dicairkan ) |
Pendek kata, macam-macam variasi NutriPot boleh dihasilkan sendiri
Jom Tanam Sayur – Tanam Sendiri Makan Ramai2



