UDANG KERING (Dried shrimp) adalah satu produk hasilan laut iaitu udang bersaiz kecil-kecil yang di keringkan untuk kegunaan perasa masakkan terutamanya oleh mereka dikalangan masyarakat Melayu dan juga pengguna diseluruh dunia. Udang Kering di Indonesia di panggil sebagai EBI, Ebi (Jepun – udang), Kung Haeng ; Som Tham (Thailand), Hibi (Filipina), Tom Kho (Vietnam) dan Dried shrimp (English). Pengeluaran udang kering banyak di usahakan di kawasan perairan seperti di Indonesia, Malaysia, Thailand dan Filipina terutaa peduduk dipesisir laut. Produk udang kering ini dijadikan sumber pendapatan penting kepada nelayan dimana ia memberikan pulangan baik jika tangkapan yang memuaskan dan kualiti dijaga. Udang segar yang ditangkap akan menjadi tangkapan nelayan dan mereka hanya akan mengumpulkan udang yang bersaiz kecil (1.2 cm garispusat) dan direbus dahulu sebelum dijemur dibawah sinaran matahari atau pun menggunakan mesin pengering sehingga sesuai untuk di bungkus dan dipasarkan (Mechanised dryer). Pada masa ini penulis blog tidak mendapat laporan rasmi mengenai pengeluaran udang kering diseluruh dunia tetapi pengeluaran di Malaysia sekitar 240-300 metrik tan setahun (Laporan dari Jabatan Perikanan Malaysia, 20016). Antara kawasan pengeluar utama udang kering di Malaysia adalah Negeri Sabah yang mana mereka menghasilkan hampir 35% jumlah pengeluaran udang kering dalam negara. Selain dari pada kualiti udang kering Sabah yang pelbagai, mereka juga menawarkan harga yang berpatutan. Dari rujukkan yang penulis blog baca mendapati di Semenanjung Malaysia antara kawasan yang menghasilkan udang kering disekitar pendaratan ikan seperti di lumut, Langkawi, Endau, Dungun dan beberapa lagi. Artikel pada subuh kali ini dalam “Anim Agro Technology” saya menulis mengenai udang kering dan kegunaanya untuk makluman pembaca semua.
Udang Kering Segar di jual dengan harga RM 30 – RM 50 sekilogram bergantung kepada lokasi dan kualitinya. Bagaimana pun kini telah ada beberapa jenis udang harimau yang dijual dengan harga yang melebihi RM70 sekilogram. Lazimnya udang kering dijual dalam bentuk paket-paket kecil yang dijual dengan harga RM 2.00 – RM 5.00 satu paket kecil yang mengandungi sekitar antara 100 – 150 gram sahaja. Rasa udang kering mentah adalah lemak masin dan tahan disimpan lama apa lagi kalau di masukkan dalam peti sejuk. Permintaan udang kering sentiasa tinggi dikalangan masyarakat Melayu dan Cina kerana peranannya yang meningkatkan kelazatan makanan. Orang Cina masukkan udang kering dalam kebanyakan makanan harisn untuk tumis dan juga dalam sup. Orang Melayu pula memang menggunakan bahan udang kering untuk buat sambal udang, sambal sate, mee bandung, masakan tumis pelbagai sayuran dan banyak lagi menu. Kalau anda seorang peminat Mee Bandung Muar dengan pelbagai jenama seperti Mak Pon, Adami, Muara dan beberapa lagi jangan terkejut dimana komponen udang kering yang digunakan adalah penting untuk menentukan keenakannya. Penggunaan udang kering juga membolehkan bahan ini terus mendapat permintaan tinggi. Penulis blog sebenarnya memang suka makan mee bandung muar kerana keenakannya. Semuga rencana dalam anim agro technology kali ini memberi info berguna kepada anda. Wasallam!!!..
UDANG KERING…MERAH WARNANYA…
UDANG DIPILIH…DIREBUS AGAK LAMA..
BERBAU SEDAP…MAHAL HARGANYA…
RAMUAN MASAKAN…LAZAT RASANYA…
By,
M Anim,
Senior Agronomist,
Room 952, Hotel Mariott,
Wilayah Persekutuan,
Malaysia.
(5 Zulkaedah 1438H)
Posted from Hotel Dorsett, Putrajaya.




